Wanita Luah Rasa Kecewa Terpaksa Layan ‘Kerenah’ Keluarga Ipar Bermalam Di Rumahnya Masa Suami Tiada

Penat macam ni kalau dia selalu kena hadap seorang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Purnawarta & Impiana
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang kita boleh dengar kisah mengenai layanan tidak seindah yang dibayangkan

Namun, itu tidaklah bermakna kesemuanya begitu. Ada sahaja yang baik hati dan bertolak ansur daripada pelbagai aspek.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan kisah yang menyentuh hati apabila diuji dengan kehadiran keluarga ipar yang datang 'menumpang' rumahnya selama beberapa hari sehingga menyebabkan dia kurang senang.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mau Kerja

Awal-awal terima dengan hati terbuka, tapi selepas itu jadi lain

Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang wanita meluahkan kisah yang menyentuh hati apabila diuji dengan kehadiran keluarga ipar yang datang 'menumpang' rumahnya selama beberapa hari.

Kedatangan itu berlaku ketika suaminya tiada di rumah kerana berkursus, menyebabkan dia perlu menguruskan segalanya seorang diri, dari penyediaan makanan, menjaga anak-anak, hinggalah ke urusan rumah tangga.

Pada awalnya, dia menerima kedatangan itu dengan hati terbuka. Meskipun ketika itu belum menerima gaji, dia tetap usahakan untuk beli ayam dan sayur menggunakan duit anak, demi memastikan semua orang dapat makan.

Namun, situasi berubah apabila anak saudara mula mempersenda masakan yang disediakan. "Mak cik kata ayam masak kicap, mana kicap dia?" katanya sambil ketawa. Walaupun hati tersentuh, dia masih tetap senyum.

Dakwa makan KFC tapi hanya dapat sisa

Lebih menyedihkan, apabila keluarga ipar menjamu selera dengan KFC tanpa bertanya apa-apa. Anak-anaknya hanya diberi sisa makanan dan minuman yang sudah dikongsi. Dia tidak mengharapkan apa-apa, tetapi cukup sekadar bertanya jika ingin berkongsi.

Bukan itu sahaja, dia turut ditegur kerana tidak membuka pintu bilik tidur sedangkan dua anaknya menghidap ekzema dan perlukan penghawa dingin.

Apa yang paling memeritkan, ketika dibawa ke kedai barangan murah, anak-anak saudara mengambil pelbagai mainan dan ditinggalkan di kaunter bersamanya.

Malah, iparnya mula 'undur diri' dan menyuruhnya bayar. Dalam dompet, hanya tinggal RM55, itulah duit minyak dan belanja anak untuk seminggu. Akhirnya, dia terpaksa gunakan juga.

Selepas semuanya berlalu, dia hanya mampu menangis dan meluahkan segalanya kepada suami. Suaminya hanya mampu meminta maaf dan berharap dia bersabar.

Dia juga meluahkan rasa bimbang situasi yang sama akan berulang, setelah terdengar rancangan keluarga ipar untuk datang lagi tidak lama lagi.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

SAYS.com
Image via Kisah Rumah Tangga (Facebook)

Memang terasalah kalau kena macam ini. Atleast bertimbang rasalah sikit dah tumpang rumah orang tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik