“Macam-Macam Ujian”- COD Makanan Tapi Tak Ada Duit, Rider Hampir Marah Tapi Jadi Sebak Rupa-Rupanya

Terus tersentuh hati dia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Paktam Perus (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja sebagai penghantar makanan atau rider bukanlah tugas yang mudah

Setiap hari, mereka berpanas, berhujan dan berlumba dengan masa demi memastikan pesanan sampai tepat pada waktunya.

Cabaran jadi lebih mencabar apabila terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggan yang pelbagai ada yang cerewet, ada yang tak jawab call, dan ada juga yang tiba-tiba tak boleh buat bayaran.

Tapi walau seberat mana pun cabaran, mereka tetap cekal demi mencari rezeki halal.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan pengalaman seorang rider dengan seorang pelanggan yang telah menyentuh hatinya.

SAYS.com
Paktam Perus (Facebook)Image via

Anak tiba-tiba luah rasa lapar

Menerusi perkongsian di Facebook Paktam Perus, seorang lelaki itu berkongsi pengalamannya ketika menghantar pesanan makanan secara bayaran tunai semasa penghantaran (COD).

Namun sebaik tiba di lokasi, pelanggan iaitu seorang wanita terus memohon maaf dan mengaku tidak sedar bahawa dia tiada wang dalam dompet.

Malah, keadaan menjadi lebih mengejutkan apabila dia turut memaklumkan bahawa tidak ada sebarang wang langsung, sama ada dalam bentuk tunai mahupun dalam akaun bank.

"Customer order cash, sampai je bagi lah makanan Tiba-tiba akak tu cakap maaf dik duit akak tak perasan tak ada dalam wallet. Aku pun cakap lah kalau tak ada QR lah kak, dalam bank pun tak ada dik," katanya.

Namun, situasi yang pada mulanya mengecewakan itu bertukar sayu apabila rider tersebut terdengar suara seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anak kepada wanita berkenaan.

Kanak-kanak itu bertanya, "Mama, makanan dah sampai ke?" sehingga membuatkan rider tersebut hanya mampu terdiam dan menahan sebak.

Lihat hantaran itu di bawah:

Paktam Perus (Facebook)

Siapa je tak sebak bila tiba-tiba dengar suara anak macam tu kan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: