Wanita Dakwa Jumpa Lipas Dalam Nasi Lemak Sambal Paru Di Kota Masai – “Dah Separuh Makan Baru Nampak”
Gelinya!
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang wanita berkongsi pengalaman menjijikkan selepas mendakwa menemui seekor lipas di dalam nasi lemak yang dibelinya di sebuah kedai makan di Kota Masai, Johor mengundang perhatian ramai di media sosial
Menerusi satu hantaran video di Threads, wanita dikenali sebagai Nur Amira berkata, dia membeli nasi lemak berlauk sambal paru itu untuk rakannya sebelum menyedari terdapat serangga tersebut ketika makanan hampir habis dimakan.
Menurutnya, kejadian itu benar-benar membuatkan mereka hilang selera dan kecewa dengan tahap kebersihan premis berkenaan.
"Bukan niat nak memburukkan sesiapa, tapi bila kita tengah lapar dapat pula benda macam ni siapa yang tak rasa geli?
"Dah separuh makan baru perasan ada binatang ni dalam makanan. Memang makanan nampak baharu, tapi kita tak tahu macam mana tahap kebersihan sebenar," katanya.

Dia turut mendakwa itu merupakan kali pertama dan terakhir dia membeli makanan di kedai berkenaan yang terletak di kawasan Kota Masai
Lebih membuatkan ramai netizen turut rasa 'kembang tekak', rakan kepada wanita itu tampil meninggalkan komen mengakui dia muntah selepas menyedari kewujudan lipas tersebut.
"Saya dah puas muntah tadi. Dari malam dah terfikir nak beli sarapan sebab lapar sangat, sekali hujung-hujung dapat pakej lipas," katanya.
Perkongsian itu pantas tular dan dibanjiri pelbagai reaksi netizen. Ada yang meluahkan rasa jijik, malah tidak kurang juga berkongsi pengalaman hampir sama ketika membeli makanan di luar.
Ramai turut mengingatkan pengusaha makanan supaya lebih menjaga aspek kebersihan dapur dan penyediaan makanan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.



Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



