Mahkamah Arah Penjual Instagram Bayar Louis Vuitton RM1.57 Juta Lepas Jual Produk LV Tiruan
Lebih berani, dia mendakwa produk tersebut dihasilkan menggunakan 'bahan LV vintaj asli terpakai' dan menjanjikan 'jaminan ketulenan' kepada pelanggan.
Cover image via elitigation.sgFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penjual di Instagram yang menjual produk tiruan jenama mewah Louis Vuitton (LV) dengan mendakwa ia sebagai barangan authentic vintage dan upcycled akhirnya menerima padah apabila diperintah membayar SGD510,000 (kira-kira RM1.57 juta) kepada Louis Vuitton selepas kalah dalam rayuan di mahkamah tertinggi Singapura
Menerusi laporan SAYS, dalam keputusan yang dikeluarkan pada 6 Mei lalu, Mahkamah Rayuan Singapura bukan sahaja mengekalkan kemenangan Louis Vuitton Malletier (LVM), malah menaikkan jumlah ganti rugi lebih dua kali ganda daripada SGD200,000 kepada SGD510,000 kerana menganggap tindakan penjual itu terlalu melampau dan jelas tidak menghormati undang-undang.
Tertuduh, Ng Hoe Seng, didakwa mengendalikan akaun Instagram @emcase_sg sebelum berpindah ke @emcrafts_sg untuk menjual pelbagai produk menggunakan jenama LV seperti sarung telefon, dompet kad, tali jam, passport cover, pouch dan pelbagai aksesori lain.
Lebih berani, dia mendakwa produk tersebut dihasilkan menggunakan 'bahan LV vintaj asli terpakai' dan menjanjikan 'jaminan ketulenan' kepada pelanggan.

Namun, siasatan Louis Vuitton menerusi pembelian perangkap pada tahun 2022 dan 2023 membongkar penipuan tersebut apabila ujian makmal mendapati sebahagian bahan digunakan sebenarnya bukan produk asli Louis Vuitton
Mahkamah turut mendedahkan bahawa Ng masih terus menjual produk tiruan itu walaupun sudah dikenakan injunksi mahkamah. Dia malah didakwa cuba mengelak tindakan undang-undang dengan berpindah ke akaun Instagram lain dan menukar akaun tersebut kepada mod private.
Panel hakim menyifatkan lelaki itu sebagai 'pelanggar tegar' yang langsung tidak menghormati arahan mahkamah.
Secara keseluruhan, sebanyak 121 pelanggaran cap dagangan dikenal pasti melibatkan sembilan kategori produk termasuk phone case, key case, pouch, tali jam, dompet kad, passport cover, phone bag, spectacle case dan cigarette case.
Louis Vuitton sebelum ini cuba menuntut ganti rugi berdasarkan setiap logo dan cap dagangan yang disalah guna, yang berpotensi menjadikan jumlah pampasan mencecah jutaan dolar Singapura.
Namun mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi perlu dikira mengikut kategori produk tiruan yang dijual, bukannya jumlah logo pada setiap produk.

Walaupun begitu, mahkamah tetap menyifatkan pampasan asal SGD200,000 sebagai terlalu rendah memandangkan penjual tersebut terus aktif menjual barangan tiruan, cuba mengelak tindakan undang-undang dan menggunakan media sosial untuk meluaskan pasaran.
Hakim turut menegaskan Instagram membantu penjual itu mencapai lebih ramai pelanggan dengan kos rendah, selain menggunakan kumpulan influencer dikenali sebagai EmCollabFam bagi mempromosikan produk tiruan tersebut secara dalam talian.
Antara jumlah ganti rugi yang diputuskan mahkamah ialah:
- SGD70,000 bagi phone case, key case serta pouch/purse.
- SGD60,000 bagi watch strap dan card wallet/card holder.
- SGD50,000 bagi passport cover, phone bag dan spectacle case.
- SGD30,000 bagi cigarette case.
Keseluruhannya, Ng Hoe Seng diperintah membayar SGD510,000 kepada Louis Vuitton selain tambahan SGD40,000 kos guaman.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



