“Ejen Property Dari Neraka” – Individu Tak Sangka Kena Hampir RM10K Untuk Sewa Rumah
Mahalnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan ekonomi dan harga barangan yang tidak menentu sekarang membuatkan ramai yang rasa terbeban
Apatah lagi jika sudah memiliki rumah. Bukan itu sahaja, kadar sewaan rumah juga kini dilihat kian melonjak naik sehingga ada yang tidak mampu membayarnya.
Tidak dinafikan, untuk pertama kali masuk ke rumah baru memang banyak benda perlu dibayar sebagai permulaan. Sama juga seperti menyewa rumah, anda perlu membayar beberapa bayaran penting sebelum memasukinya.
Namun, tular di Threads baru-baru ini selepas seorang individu meluahkan rasa terkejutnya sebaik sahaja melihat harga bayaran rumah sewa yang dikenakan oleh seorang ejen.
Image via Threads
Jumlah keseluruhan perlu disediakan hampir mencecah RM10,000
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita berkongsi pengalaman mengejutkan apabila diminta membayar upah ejen sebanyak RM2,160, di samping sewa bulanan RM2,000 untuk sebuah rumah yang ditawarkan.
Lebih mengejutkan, apabila ditambah dengan deposit sekuriti, utiliti dan caj-caj lain, jumlah keseluruhan bayaran yang perlu disediakan mencecah RM9,660. Ia adalah jumlah yang dianggap keterlaluan bagi penyewa biasa.
Wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan hairan, terutamanya terhadap upah ejen yang dikenakan secara langsung ke atas dirinya. Menurutnya, bayaran sebegitu sepatutnya ditanggung oleh pemilik rumah, bukan penyewa.
"Saya terkejut gila. Ini tak masuk akal langsung, kan? Saya betul-betul nak tahu benda ni sah dari segi undang-undang ke? Saya tengah cari rumah nak sewa, tapi tengoklah caj ejen ni. Kenapa saya pula yang kena bayar mahal sangat untuk upah ejen?," tulisnya.
Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian ramai yang turut bersetuju bahawa proses menyewa rumah hari ini semakin membebankan, bukan sahaja dari segi jumlah sewaan, tetapi juga kos tersembunyi yang tidak dijelaskan sejak awal.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 