Penat Cuci Tandas Setiap Hari, Isteri Luah Suami Kencing Berdiri Sampai Bersepah

Isteri pun dah penat dengan perangai suami dia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hal-hal kecil dalam rumah tangga boleh jadi punca stres kalau dibiarkan berlarutan

Baru-baru ini, tular luahan seorang isteri yang meluahkan rasa kecewa dan penat apabila terpaksa cuci tandas setiap hari gara-gara suaminya yang gemar kencing berdiri sampai bersepah dan berbau hancing.

Luahan itu bukan saja cetus perbincangan dan pengalaman serupa rupa-rupanya isu ini lebih biasa daripada yang disangka.

Hidayahtullah (Gambar sekadar hiasan)

Luah penat nak kena cuci hari-hari bau hancing

Menerusi perkongsian di laman X, seorang wanita meluahkan rasa kesalnya terhadap perangai suaminya.

Menurutnya, si suami kencing berdiri sehingga menyebabkan terkena di tempat lain. Perkara itu membuatkan ia berbau hancing dan dia terpaksa mencucinya setiap hari.

Malah, dia juga sudah menegur perkara itu kepada suaminya sehinggakan tahap ingin bercerai, namun suaminya meminta peluang untuk memperbaiki diri tetapi tetap sama.

"Dia kencing berdiri and the the spilled makes toilet hancing. Every morning I kena cuci," luahnya.

Lihat hantaran di bawah:

Benda macam ni memang boleh membawa kepada pergaduhan. Jadi, jagalah kebersihan bersama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik