Kenali Dr Raja Akif, Saintis Muda Malaysia Terajui Kajian Pesawat Masa Depan NASA

Dr. Raja Akif buktikan kepakaran aeroangkasa anak watan di peringkat global.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA & MARA USA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dr. Raja Akif Raja Zahirudin, saintis muda kelahiran Kerteh, Terengganu, kini mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa menerusi penglibatan langsung dalam projek teknologi pesawat masa depan di bawah seliaan NASA dan Georgia Institute of Technology (Georgia Tech)

Dr. Raja Akif, 33, yang bertugas sebagai Felow Pasca Doktoral di Daniel Guggenheim School of Aerospace Engineering, memainkan peranan penting dalam projek NASA RAVEN-GT (Research Aircraft for eVTOL Enabling Technologies). Kajian beliau memfokuskan kepada pembangunan pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL) iaitu teknologi yang diramal bakal merevolusikan mobiliti udara bandar (Urban Air Mobility).

Menerusi kajian bertajuk "Proprotor Hover Performance and Wing Download for the RAVEN eVTOL Aircraft", Dr. Raja Akif meneliti aspek teknikal kritikal iaitu prestasi rotor dan interaksi komponen pesawat. Fokus utama beliau adalah untuk mengoptimumkan daya tujahan semasa fasa pelepasan dan pendaratan.

"Teknologi eVTOL berpotensi menjadi alternatif pengangkutan bandar yang pantas dan mesra alam. Namun, cabaran terbesarnya adalah memastikan pesawat ini beroperasi dengan tahap bunyi yang sangat rendah agar dapat diterima oleh masyarakat di kawasan berkepadatan tinggi," jelas beliau ketika ditemubual Bernama.

SAYS.com
Image via MARA USA
SAYS.com
Image via MARA USA

Jejak kerjaya, dari Pennsylvania hingga ke NASA Langley

Perjalanan Dr. Raja Akif dalam bidang aeroakustik bermula ketika beliau melanjutkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) di Pennsylvania State University. Beliau bertuah kerana dibimbing oleh Prof. Eric Greenwood, bekas pakar NASA yang membuka jalan untuk beliau bekerjasama dengan pasukan aeroakustik di NASA Langley Research Center.

Projek RAVEN-GT yang bermula pada tahun 2020 ini merupakan kolaborasi strategik antara penyelidik akademik dan rakan industri bagi memastikan reka bentuk pesawat masa depan adalah lebih efisien dan lestari.

Dr. Raja Akif menyifatkan penglibatan beliau dalam penyelidikan bertaraf global ini sebagai satu amanah besar untuk membuktikan keupayaan saintis Malaysia. Beliau berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin buat lebih ramai jurutera tempatan untuk berani meneroka peluang di peringkat antarabangsa.

Kisah beliau kini menjadi simbol aspirasi bahawa anak watan Malaysia mampu berada di barisan hadapan dalam menentukan hala tuju teknologi aeroangkasa dunia.

SAYS.com
Image via BERNAMA
SAYS.com
Image via BERNAMA

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik