Siap Ada Uniform! Lelaki Menyamar Jadi Pramugara Selama Bertahun Untuk Naik Flight Free Terkantoi

Difahamkan, dia telah menaiki penerbangan secara percuma sebanyak 120 kali.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki mencetuskan kekecohan selepas dilaporkan sanggup menyamar sebagai pramugara semata-mata untuk menaiki pesawat secara percuma bukan sekali dua, tapi sebanyak 120 kali

Menerusi laporan Sinar Harian, tindakan luar biasa itu dipercayai dilakukan secara konsisten dalam tempoh yang panjang, lengkap dengan seragam kru kabin demi mengelak disyaki oleh kakitangan sebenar dan penumpang lain.

Pendakwa raya di Pejabat Daerah Selatan Florida pada 5 Jun lalu mendapati Tirone Alexander, 35, bersalah atas penyamaran tersebut.

Selain memasuki kawasan larangan di lapangan terbang, dia menggunakan alasan palsu dan melakukan penipuan elektronik antara tahun 2018 hingga 2024.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Paddle Your Own Kanoo

Dakwa dirinya bekerja di tujuh syarikat penerbangan

Alexander telah membuat tempahan tiket secara percuma sebagai 'pramugara' dan mendakwa kononnya bekerja di tujuh syarikat penerbangan berbeza.

Dia juga mendakwa memiliki kira-kira 30 lencana serta tarikh pengambilan bekerja yang berlainan.

Bukan itu sahaja, Alexander turut menggunakan taktik yang sama untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma di tiga syarikat penerbangan lain.

Difahamkan, hukuman ke atasnya bakal diputuskan pada 25 Ogos depan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik