Off Duty Tapi Tetap Bertindak, Jururawat Selamatkan Wanita Tercekik Di Pantai Hospital Ipoh Raih Pujian
Terima kasih akak nurse!
Cover image via Pantai Hospital Ipoh (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang jururawat yang baru sahaja tamat syif malam membuktikan bahawa tugas menyelamat tidak pernah mengenal waktu apabila tindakannya pantas menyelamatkan seorang wanita yang hampir maut akibat tercekik di sebuah kafe
Menurut hantaran yang dikongsi oleh Pantai Hospital Ipoh di Facebook pada pagi 4 Mei 2026, Jururawat Staf 2B, Siti Maisyura sedang menunggu giliran temu janji susulan anaknya berhampiran kawasan The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) di Pantai Hospital Ipoh.
Walaupun ketika itu dia berpakaian biasa dan secara rasmi sedang bercuti daripada tugas, situasi cemas yang berlaku di hadapannya membuatkan dia tidak mampu hanya berdiam diri.

Kejadian bermula apabila seorang wanita tiba-tiba tercekik dan mengalami kesukaran bernafas sebelum suasana kawasan tersebut bertukar panik
Ahli keluarga mangsa dilihat menjerit meminta bantuan ketika keadaan semakin kritikal. Tanpa berlengah, Maisyura segera tampil membantu.
Berbekalkan latihan perubatan, keberanian dan naluri sebagai petugas kesihatan, beliau dengan tenang melakukan Heimlich manoeuvre bagi membantu mengeluarkan objek yang menyekat saluran pernafasan mangsa.
Beberapa saat kemudian, tindakan pantas itu berjaya menyelamatkan wanita terbabit apabila mangsa kembali bernafas seperti biasa.

Dalam detik mencemaskan itu, Maisyura bukan sekadar seorang jururawat, malah menjadi penyelamat yang mengembalikan nyawa seseorang.
Tindakan luar biasanya turut mencerminkan semangat sebenar tema Hari Jururawat Antarabangsa 2026 yang diperkenalkan oleh International Council of Nurses, bahawa dedikasi seorang jururawat tidak pernah berhenti walaupun di luar waktu bertugas.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



