[VIDEO] Nasi Lemak Jadi Kegilaan Di Amerika – “First Time Try Terus Jatuh Cinta”
Nasi lemak mendunia!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nasi lemak, iaitu makanan tradisi yang cukup ikonik dan digemari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau usia, bukan sekadar hidangan sarapan biasa
Ia adalah simbol identiti kebangsaan yang menyatukan semua di bawah satu bau daun pandan dan sambal padu.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan nasi lemak yang mendapat tempat dalam hati kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS) apabila rata-rata mereka mengatakan ia hidangan yang sedap.

Ramai puji hidangan lazat, siap ada yang menambah
Menerusi video di akaun TikTok @kumaarfamily, seorang rakyat Malaysia bernama Logesh mencuri perhatian apabila menyediakan hidangan nasi lemak untuk 200 orang sempena festival makanan budaya di sekolah anaknya di San Francisco.
Apa yang lebih membanggakan, nasi lemak hasil air tangan Logesh bukan sahaja habis licin ramai pengunjung puji rasanya yang sedap, unik dan 'lain macam'. Ada yang siap mengaku itu makanan kegemaran mereka, walaupun baru pertama kali cuba.
Lebih menarik, ada juga pengunjung yang sanggup beratur kali kedua semata-mata nak ambil nasi lemak lagi.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



