Perak Dinobat Sebagai Destinasi Pelancongan Domestik Paling Popular Dikunjungi Pelancong
Statistik itu berdasarkan laporan Survei Pelancongan Domestik 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perak berjaya mencuri tumpuan sebagai negeri paling popular dalam kalangan pelancong domestik sepanjang tahun lalu, menewaskan destinasi biasa seperti Selangor dan Pahang
Menerusi laporan Bernama, Perak mencatatkan sejumlah 10.2 juta pelancong.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee memberitahu statistik itu berdasarkan laporan Survei Pelancongan Domestik 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 19 Jun lepas.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Tourism PerakLima destinasi utama di Perak telah menjadi tumpuan ramai pelancong
Difahamkan, laporan itu menunjukkan Perak mengalami peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong iaitu sebanyak 36.1 peratus berbanding 7.5 juta pada tahun 2023.
"Negeri Perak mencatatkan jumlah pelancong domestik paling tinggi iaitu sepanjang tahun lepas, sebanyak 10.2 juta orang, diikuti Selangor dan juga Pahang, iaitu masing-masing mencatatkan 9.6 juta dan 9.5 juta.
"Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain industri termasuk pihak kerajaan di PBT (pihak berkuasa tempatan) atau pejabat daerah dan tanah (PDT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan terutamanya peniaga, rakyat biasa yang telah berusaha menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan utama," katanya dalam kenyataan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via TravelokaLaporan itu memberitahu, antara lima destinasi utama yang menjadi pilihan di Perak adalah Teluk Batik, Lumut Waterfront, Ipoh Night Market, Taman Rekreasi Gunung Lang, dan Pulau Pangkor manakala lima daerah pula terdiri daripada Kinta, Larut dan Matang, Manjung, Kuala Kangsar dan Batang Padang.
Menurut Loh, peningkatan itu juga disumbangkan oleh keberkesanan kempen Tahun Melawat Perak pada tahun lepas dengan usaha bersama PBT dan PDT di peringkat kerajaan negeri serta kesinambungan kerjasama erat terutamanya dengan kerajaan pusat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 