Gigi Bersih Tapi Berus Gigi Dah ‘Berkerak’? Ini Tempoh Tukar Yang Disyorkan

Nak gigi bersih dan sihat kena jaga berus gigi.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berus gigi nampak masih elok, tapi bila kali terakhir anda tukar?

Ramai tak sedar, berus gigi yang 'nampak bersih' pun boleh jadi sarang bakteria yang tak nampak dengan mata kasar.

Kita diajar sejak kecil untuk gosok gigi dua kali sehari. Tapi persoalannya berapa ramai yang ambil serius tentang kesihatan berus gigi itu sendiri?

Berus gigi bukan alat magik yang kekal berfungsi selama-lamanya. Selepas digunakan setiap hari, ia akan haus, rosak dan mengumpul bakteria, walaupun disimpan dengan cara yang bersih.

Image via Vital Record (Gambar sekadar hiasan)

Jadi, berapa kerap kena tukar?

Jawapan pendek: setiap 3 bulan.

Ini cadangan rasmi oleh pakar pergigian termasuk American Dental Association (ADA). Tapi kalau nak lebih tepat, pakai 'rule of thumb' ini:

  • Kalau bulu dah berubah bentuk → Tukar
  • Lepas sakit → Tukar
  • Rasa gigi tak bersih walau dah gosok → Tukar

Bagi yang guna berus elektrik pula, peraturan sama masih terpakai tukar kepala berus setiap 3 bulan.

Pakai lama-lama, apa risikonya?

Tak ramai yang sedar, berus gigi lama boleh jadi musuh dalam diam. Ia boleh:

  • Mengurangkan keberkesanan pembersihan mulut
  • Meningkatkan risiko gusi berdarah dan sensitif
  • Memburukkan bau mulut walaupun dah gosok
  • Memindahkan semula bakteria ke dalam mulut setiap kali digunakan

Dalam jangka panjang, anda boleh dapat masalah gigi yang memerlukan rawatan profesional yang jauh lebih mahal daripada kos tukar berus.

Image via Affinity Dental (Gambar sekadar hiasan)

Tip penjagaan berus gigi supaya lebih bersih & tahan lama

Cuci dan bilas berus gigi setiap kali selepas guna. Pastikan tiada sisa ubat gigi tertinggal.

  1. Simpan dalam posisi menegak dan tempat kering. Jangan simpan dalam bekas bertutup yang lembap bakteria suka tempat macam tu!
  2. Elak kongsi berus gigi, walaupun dengan orang tersayang.
  3. Gunakan hanya untuk mulut. Jangan 'recycle' jadi berus cuci kasut atau benda lain ya!

Berus gigi bukan sekadar alat, tapi barisan hadapan untuk kesihatan mulut anda. Jangan tunggu bulu 'berjoget' dulu baru nak tukar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: