Sisters In Islam Menang Kes Rayuan, Mahkamah Persekutuan Batal Fatwa SIS Forum 2014

Difahamkan, fatwa itu hanya terpakai kepada orang perseorangan beragama Islam dan bukannya syarikat atau pertubuhan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan satu fatwa Selangor mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat tidak boleh diguna pakai terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia

Menerusi laporan Berita Harian, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan dikemukakan Sister in Islam (SIS) Forum berhubung pertikaian keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Ia bagaimanapun menyatakan, mana-mana individu yang bertanggungjawab atas sebarang tindakan syarikat, pertubuhan atau institusi yang melanggar fatwa itu, adalah kekal terikat dengan fatwa berkenaan.

Panel empat hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini melalui penghakiman majoriti 3-1 membenarkan rayuan akhir SIS Forum dan dua yang lain untuk mencabar keabsahan fatwa berkenaan.

"Bagi mengelak kami disalah faham, kami mengulangi bahawa kami tidak membuat apa-apa komen mahupun menyatakan apa-apa pendapat mengenai isi kandungan fatwa itu.

"Ia khususnya terhadap frasa yang berbunyi: '… fahaman liberalism dan pluralism agama adalah sesat dan menyelewemg daripada ajaran Islam' dan 'mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam' kerana ini perkara dalam bidang kuasa eksklusif responden.

"Kami mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan serta membenarkan rayuan perayu setakat mana ia berkait dengan pemakaian fatwa itu kepada pertubuhan dan institusi dan setakat mana fatwa menyentuh agensi serta kuasa agensi Persekutuan," katanya.

SAYS.com

Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili kumpulan peguam daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengadakan sidang media selepas keputusan mahkamah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Image via NSTP/Aizuddin Saad

Fatwa tersebut mengisytiharkan bahawa SIS Forum, mana-mana individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman menyeleweng liberalisme dan pluralisme, menyeleweng daripada ajaran Islam

Fatwa yang diwartakan Kerajaan Selangor pada 31 Julai 2014 itu  juga menyatakan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural terhadap Islam perlu diharamkan dan dirampas.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diarahkan menapis laman web sosial yang bertentangan ajaran Islam dan hukum syarak.

Pada 14 Mac 2023, Mahkamah Rayuan menolak rayuan SIS Forum untuk membatalkan fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Pada 31 Oktober 2014, SIS Forum memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan fatwa berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: