Mi Bandung Muar Di Tempat Ke-5 Dalam Senarai 100 Hidangan Mi Terbaik Di Dunia
Laparlah pula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mi Bandung tersenarai sebagai antara 100 hidangan mi terbaik di dunia
Lebih mengagumkan lagi, sajian tersebut bukan sahaja berada dalam top 100 malah ia diletakkan dalam top 5 kategori hidangan mi terbaik di dunia dengan menduduki tempat kelima.
Senarai itu telah dikeluarkan oleh TasteAtlas yang mengeluarkan ranking berkenaan berdasarkan rating yang diberikan audiens mereka.
Di kedudukan lima teratas didominasi oleh hidangan mi dari Jepun dengan tiga daripadanya ialah Ramen.
Hidangan yang meduduki kedudukan pertama dalam senarai itu ialah Ohn No Khao Swe dari Myanmar diikuti Ramen di tempat kedua, Tonkotsu Ramen di tempat ketiga dan Yokohama Ramen di tempat keempat.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Resipi KitaMi Bandung mendapat rating sebanyak 4.6 bintang dalam senarai berkenaan
Berdasarkan ranking tersebut, Mi Bandung dilihat telah menewaskan hidangan mi yang terkernal dari Vietnam, Pho bo.
Dengan menduduki tempat kelima dalam senarai itu, hidangan yang berasal dari Muar, Johor itu telah mendapat rating sehingga 4.6 bintang.
Sistem yang digunakan TasteAtlas untuk menilai undian daripada audiens membolehkan pengenalpastian pengguna sebenar serta mengabaikan undian daripada bot dan undian yang keterlaluan.
Sehingga 15 Jun 2025, sebanyak 13,243 undian telah direkodkan Bagi senarai "100 Hidangan Mi Terbaik di Dunia" di mana 10,117 daripadanya diiktiraf sebagai sah oleh sistem.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via