Malaysia Pecah Rekod, 10.6 Juta Pelancong Datang Suku Pertama Tahun 2026

Pecah rekod baru dengan angka tertinggi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Star & Utusan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sektor pelancongan Malaysia kekal menjadi salah satu sektor paling besar menyumbang kepada negara

Menurut laporan dari Malay Mail, Malaysia telah berjaya memecah rekod bersejarah dengan berjaya menyambut lebih 10.6 juta pelawat antarabangsa pada suku pertama tahun 2026. Ini adalah angka tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengatakan Malaysia telah menerima 10,647,200 pelawat dari Januari hingga Mac. Bilangan ini menunjukkan peningkatan 5.4% berbanding tahun lepas pada tempoh yang sama.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Suara Merdeka

Malaysia tidak pernah melepasi 10 juta pelawat sebelum pandemik

Menurut Tiong, Malaysia tidak pernah melepasi 10 juta pelawat sebelum Covid-19 dan kini telah mencecah 10 juta pelawat dalam hanya 3 bulan sahaja.

Tambah beliau, Malaysia merekodkan kedatangan tinggi ini adalah kerana banyak pelancong cina yang datang ketika Tahun Baharu Cina. Pada bulan Februari sahaja telah merekodkan ketibaan pelancong seramai 3,472,557 orang.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via VOCKET

Kekerapan laluan penerbangan antara Malaysia dan China juga telah membawa seramai 604,675 pelawat dari China sepanjang tempoh Tahun Baharu China.

Selain itu, ketibaan pelawat dari Eropah juga meningkat melepasi 500,000 orang buat julung kalinya tahun ini.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Kementerian juga menyasarkan pelancong Eropah kerana mereka lebih cenderung untuk bercuti dalam tempoh yang lebih lama ke luar negara.

Datuk Seri Tiong mengatakan prestasi suku pertama ini sangat memberangsangkan dan berharap pertumbuhan ini juga disokong oleh sambungan antarabangsa yang kian meluas.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: