MCMC Fail Tindakan Sivil Terhadap Saluran Telegram Edisi Siasat & Edisi Khas
Difahamkan, saluran-saluran terbabit didapati menyebarkan kandungan berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran Telegram iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas
Menerusi laporan Harian Metro, , MCMC dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan tindakan tegas yang diambil ke atas dua saluran telegram itu juga dilakukan disebabkan telah melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Tindakan ini yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram adalah pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) (ASP(C)).
"Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang sudah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama sudah dilakukan oleh MCMC," katanya.
Platform berkenaan sebelum ini sering berkongsi maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan perjudian serta amalan yang didakwa rasuah melibatkan anggota dan pegawai penguatkuasa.

Gambar sekadar hiasan
Image via UtusanMCMC peroleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi berikutan tahap pematuhan tidak memuaskan
Bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan berkenaan serta menghalang penerbitan semula kandungan-kandungan seumpamanya, MCMC telah memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan terbabit.
"Tindakan ini diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi. Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.
"MCMC sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing.
"MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara," katanya.
MCMC bagaimanapun tidak memperincikan kandungan-kandungan yang disiarkan oleh dua platform di Telegram itu yang disifatkan boleh menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 