Datuk Seri Siti Nurhaliza Kecewa Wajah & Suara Digunakan Dalam Iklan Palsu AI
Suara dan wajah Biduanita Negara itu dieksploitasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk tujuan kandungan pengiklanan bersifat penipuan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kecewa apabila wajah dan suaranya disalah guna dalam iklan palsu menggunakan (kecerdasan buatan) AI
Menerusi laporan Berita Harian, penyanyi yang lebih mesra digelar TokTi itu memberitahu bahawa dia tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
"Saya ingin menegaskan tidak pernah terbabit, memberikan kebenaran atau menyokong sebarang penggunaan suara, imej atau video dalam sebarang bentuk iklan, produk atau kandungan bersifat penipuan, 'scam' atau tidak sah.
"Saya kecewa apabila ada pihak yang menyalahgunakan teknologi seperti AI meniru suara dan wajah saya tanpa izin, lebih lagi, digunakan untuk memperdaya orang ramai.
"Saya percaya pada etika, kejujuran dan tanggungjawab dalam menggunakan teknologi. Saya menyeru kepada semua agar berhati-hati, tidak mudah terpedaya dan sentiasa merujuk sumber sahih.
"Saya sedang meneliti perkara ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya penyalahgunaan berterusan," katanya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Image via UtusanImage viaBerharap peminat tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan palsu menggunakan wajah dan suaranya
Siti memohon peminat dan pengikut dalam media sosial tidak mudah terpedaya dan melaporkan kandungan sebegitu.
"Saya minta peminat dan masyarakat tidak berkongsi kandungan sebegitu dan laporkan kepada pihak berkuasa atau saluran berkaitan. Ini bukan sahaja soal nama saya, tetapi soal keselamatan dan privasi.
"Perkara ini sudah lama berlaku dan berulang-ulang, bukan saya sahaja tetapi membabitkan selebriti lain dalam dan luar negara," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via