‘Crab Landing’ Dalam Angin Kencang, Aksi Juruterbang AirAsia Buat Ramai Kagum

Alhamdulillah semua selamat, terbaik abang pilot!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @straitstimes (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi seorang juruterbang bukan sekadar mengendalikan pesawat di udara, malah mereka memikul tanggungjawab besar untuk memastikan setiap penumpang tiba ke destinasi dengan selamat walau apa jua keadaan sekalipun

Selain perlu mahir mengendalikan pesawat, juruterbang juga harus bersedia menghadapi situasi luar jangka termasuk cuaca buruk, ribut serta angin lintang yang boleh menguji kemahiran mereka ketika proses pendaratan.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan detik mendebarkan apabila sebuah pesawat AirAsia berjaya mendarat dengan selamat meskipun berdepan angin lintang yang kuat.

Dalam rakaman tersebut, pesawat jenis Airbus A320 itu dilihat melakukan pendaratan secara sedikit mengiring atau dikenali sebagai 'crab landing', satu teknik yang sering digunakan juruterbang bagi menstabilkan pesawat ketika berhadapan angin kuat dari arah sisi.

Situasi itu nyata membuatkan ramai penonton berdebar, namun kepakaran juruterbang berjaya memastikan pesawat mendarat dengan lancar dan selamat di landasan

Aksi tersebut turut mengundang pujian ramai warganet yang kagum dengan ketenangan dan kemahiran juruterbang mengendalikan situasi mencabar itu.

Ruangan komen juga dipenuhi ucapan syukur daripada orang ramai yang lega melihat pesawat berkenaan berjaya mendarat tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ada juga yang menyifatkan detik itu sebagai bukti bahawa tugas seorang juruterbang bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka perlu membuat keputusan pantas dalam keadaan berisiko tinggi demi keselamatan semua penumpang.

Lihat video di bawah:

@straitstimes

👏🏼 An AirAsia pilot pulled off a dramatic crosswind landing in fierce winds at Taiwan Taoyuan International Airport on May 4. Onlookers praised the pilot for safely guiding the aircraft onto the runway despite the difficult weather conditions.

♬ original sound – The Straits Times – The Straits Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: