Malaysia Tangga Ke-3 Tercorot Dalam ASEAN Jamin Hak Pendidikan

Malaysia hanya mengatasi Brunei di kedudukan kedua terakhir dan Laos di kedudukan tercorot.

Cover ImageCover image via Utusan & Solidaritas

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Inisiatif Pengukuran Hak Asasi Manusia (HRMI) menunjukkan kerajaan Malaysia ketinggalan dalam menjamin hak pendidikan

Menerusi laporan Malaysiakini, negara hanya mencapai 64.4 peratus daripada potensi hak pendidikan untuk lelaki dan 70.7 peratus untuk wanita.

Menurut perunding HRMI bagi Asia Tenggara, Keshia Mahmood memaklumkan kedua-dua jumlah itu tergolong dalam kategori 'amat teruk'.

"Data HRMI menilai sejauh mana kerajaan memenuhi obligasi hak asasi manusia mereka, berdasarkan sumber yang mereka miliki (pendapatan negara atau KDNK per kapita).

"Dengan kata lain, kami mengukur keberkesanan sesebuah negara dalam menggunakan sumber sedia ada untuk memastikan keputusan hak asasi manusia yang baik untuk rakyatnya.

"Sebagai contoh, skor 60 peratus untuk hak kepada pendidikan tidak bermaksud hanya 60 peratus kanak-kanak bersekolah.

"Sebaliknya, ia bermaksud kerajaan hanya mencapai 60 peratus daripada apa yang mungkin boleh dicapai berdasarkan tahap pendapatannya," jelasnya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Portal Rasmi PDT Klang

Malaysia di tangga ketiga tercorot dalam kalangan negara ASEAN bagi hak pendidikan dengan skor 67.6 peratus

Dalam kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia berada di tangga ketiga tercorot dengan skor keseluruhan 67.5 peratus bagi hak pendidikan, dan hanya mengatasi Brunei (62.4%) dan Laos (58.5%).

Negara dengan skor lebih tinggi ialah Vietnam (97.2%), Singapura (95.2%), Myanmar (87.3%), Kemboja (79.9%), Thailand (77.8%), Indonesia (77.3%), dan Filipina (67.7%).

"Melihat pada graf prestasi dari masa ke semasa, prestasi Malaysia kekal statik dalam sedekad lalu: 67.2 peratus pada 2010 dan 67.5 peratus pada 2022," kata Keshia.

Antara golongan yang paling berisiko dicabuli hak pendidikannya adalah pendatang atau imigran, individu tanpa identiti sah (seperti pelarian dan individu tanpa kerakyatan), orang kurang upaya, individu dengan status sosioekonomi rendah, kanak-kanak jalanan atau remaja gelandangan dan masyarakat Orang Asli.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: