Tukar 731 Akaun Jadi Akaun ‘Premium’, Bekas Pekerja Astro Dipenjara 4 Tahun
Difahamkan, pesalah mula terjebak selepas mengalami tekanan domestik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bekas pekerja stesen televisyen Astro telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun
Nora Idayu, 49, telah dijatuhkan hukuman setelah didapati bersalah kerana mengubah suai pangkalan data syarikat selama hampir tujuh tahun. Dia juga telah mengaku bersalah terhadap kesemua 731 pertuduhan .
"Mahkamah memerintahkan wang jaminan dikembalikan kepada penjamin dan mahkamah mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan serta pembelaan dalam membantu melancarkan perjalanan prosiding ini," kata Hakim Izralizam Sanusi.
Berdasarkan fakta kes dari Berita Harian, tertuduh yang bekerja dengan syarikat Astro sejak tahun 2003 itu telah diberikan akses kepada sistem dalaman Astro iaitu AMDOCS Customer Relationship Management (CRM) melalui dua ID pengguna yang didaftarkan atas namanya.

731 akaun pelanggan biasa ditukarkan kepada akaun korporat
Setelah hasil semakan, terdapat 731 transaksi akaun pelanggan biasa yang ditukarkan secara tidak sah kepada akaun korporat dengan mengguna ID tertuduh bermula 30 Oktober 2013 hingga 20 Ogos 2020.
Tindakan ini tidak dibenarkan Astro kerana akaun korporat adalah akaun tidak berbayar yang hanya wujud untuk kegunaan dalaman Astro dan pelanggan biasa sepatutnya menggunakan akaun pelanggan berbayar sahaja.

Gambar sekadar hiasan
Image via Astro Malaysia / YouTubeNora Idayu bertugas di bahagian Unit Sokongan Komersial dan telah melakukan pengubahsuaian data walaupun tahu perbuatan itu boleh menyebabkan perubahan kandungan pangkalan data tanpa kuasa.
Menurut peguam bela, Nora Idayu mula terjebak dalam kesalahan ini selepas berkahwin pada 2013 akibat tekanan domestik yang berpunca daripada bekas suaminya yang juga penjudi tegar sehingga berlakunya masalah kewangan.
Kesalahan ini telah didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga tujuh tahun atau kedua-duanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 