Bayi Menangis Dalam Flight, Abang Cabin Crew Dukung Terus ‘Behave’
Comel je terus berhenti menangis tenung Abang Cabin Crew
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu video seorang bayi telah didukung oleh pramugara Air Asia telah menjadi viral baru-baru ini
Bayi jika menaiki sesuatu yang tidak biasa atau tempat yang mempunyai ramai orang akan membuatnya resah dan akan menangis kerana tidak selesa.
Tindakan seorang pramugara dari Air Asia sedang mendukung seorang bayi untuk menenangkannya meraih perhatian netizen. Kapal terbang tersebut dalam persediaan pelepasan untuk terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
Video itu menunjukkan seorang bayi comel yang tenang sahaja apabila didukung oleh cabin crew tanpa merengek.
"Mengada eh baby ni mak dia pegang dia cry, abang cabin crew @flyairasia pegang terus tak cry. cuteee," kata @nazifahnazif di Threads
Bayi itu sebenarnya merupakan bayi seorang ibu yang juga menaiki kapal terbang ke destinasi sama.

Ramai memuji pramugara dukung sambil meneruskan tugas
Sudah semestinya ramai juga berkongsi pengalaman krew kabin yang membantu bayi mereka untuk menenangkan diri ketika terbang.
Ada juga beberapa komen netizen yang 'cemburu' kerana mahu didukung pula.
"Baby u perangai mcm himawari. Adik shin chan. Pantang dgn lelaki hensem" "Tu bukan bayi I"

"comeeeel gilaaaaaaaaaaaa, diaa pun terpegun tgok abang tu, tapi takleh lawan reaction you dgn ur husb sis terharulah," kata seorang wanita yang terpegun dengan bayi comel dan reaksi Nazifah bersama suaminya melihat bayi itu.

Netizen berkongsi pengalaman dan kajian mengenai kejadian sebegini untuk seorang bayi
Ada seorang wanita berkongsi bayi memang lebih tertarik dengan wanita cantik dan lelaki yang kacak.
"Saya pernah baca artikel kajian oleh pakar. Bayi lebih tertarik dengan wanita cantik dan lelaki yang kacak. Baby ni lebih percaya orang yang rupa sebegini. Hahaha korang boleh google memang ada jurnal pasal ni. Tu nampak tak dia akan tenung lama wajah yg dia minat tu. Sebab dlm kajian tu diorang test, baby akan tenung lama orang yg muka segak bagi dia. pandai kau baby heheheh." katanya.
Ada seorang lelaki juga berkongsi mengenai bayi yang mempunyai firasat untuk membaca emosi seseorang melalui sentuhan badan, muka dan degupan jantung.
"Saya new parent, banyak membaca.. baby ni sebenarnya mempunyai firasat untuk membaca emosi sesorang melalui body contact, faces dan heartbeat.. bila seseorang itu tenang, slow, tunjukkan suasana gembira, baby will be merge with that new surrounding too.. so mesti awak berdua parent, gemuruhkan bila naik flight dgn baby.." katanya di Threads.
Dikongsikan oleh @nazifahnazif di Threads, video ini telah menarik lebih 53.3k ribu likes, lebih 800 komen dan 2.3k repost.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 