Piala Dunia 2026: Kesemua 104 Perlawanan Akan Disiar Di RTM & Unifi TV
Difahamkan, Unifi TV akan menayangkan kesemua 104 perlawanan secara langsung.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peminat bola sepak tempatan bakal menikmati tayangan penuh 104 perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi hasil kerjasama strategik bersama tiga syarikat telekomunikasi utama negara
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama melibatkan Unifi, CelcomDigi dan U Mobile itu akan memperluas akses rakyat kepada kandungan sukan bertaraf dunia tanpa kos tambahan.
"Sebentar tadi, RTM selaku stesen penyiaran awam di bawah Kementerian Komunikasi telah secara rasminya mengumumkan jalinan kerjasama strategik bersama dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Unifi, CelcomDigi dan U Mobile.
"Hari ini, sukacita saya umumkan bahawa kesemua 104 perlawanan akan ditayangkan dalam RTM dan Unifi TV," katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri pada Rabu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil
Image via Sinar HarianDifahamkan, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memperluas akses kandungan berkualiti selain memanfaatkan sukan sebagai medium perpaduan nasional
Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ashwad Ismail memaklumkan penglibatan penaja korporat membantu kerajaan meminimumkan kos mendapatkan hak penyiaran kejohanan berprestij berkenaan.
Sebelum ini, Fahmi turut memaklumkan siaran Piala Dunia 2026 akan boleh ditonton menerusi pelbagai platform termasuk MyTV, RTM Klik dan Unifi TV bagi memastikan capaian lebih menyeluruh kepada rakyat.
Dalam pelaksanaan siaran nanti, Unifi TV akan menayangkan kesemua 104 perlawanan secara langsung manakala RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar aksi sama ada secara langsung atau siaran tertunda mengikut jadual ditetapkan.
Edisi 2026 bakal menyaksikan United States, Mexico dan Canada menjadi tuan rumah bersama dengan aksi pembukaan dijadual berlangsung di Mexico City pada 11 Jun, manakala final akan berlangsung di New Jersey pada 19 Julai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 