“Asalkan Cukup Makan” – Wanita Tawar Khidmat ‘Pikul Pro’ Untuk Bantu Golongan Yang Memerlukan

Bagus dia cari rezeki.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Demi menyara keluarga, seorang wanita cekal mencari rezeki dengan menawarkan khidmat membeli barangan peribadi di Pasar Borong Selangor

Menerusi laporan Harian Metro, Mahaniza Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Kak Zah, berusia 44 tahun, sanggup berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer pergi dan balik dari rumahnya di Taman Pinggiran Putra kerana tidak mempunyai kenderaan untuk ke pasar setiap hari.

Difahamkan, seawal jam 6.30 pagi, Kak Zah sudah tiba di pasar borong itu untuk menawarkan khidmat dengan bayaran seikhlas hati.

Kerja itu dilakukan sejak dua tahun lalu selepas suaminya, Muhammad Farhan Sedik, 43, tidak dapat bekerja akibat penyakit saraf.

"Waktu kerja ini fleksibel, jadi senang nak uruskan suami dan anak berumur 11 serta 15 tahun.

Suami pula sakit saraf, tak boleh jalan macam orang normal. Kebanyakannya saya yang bantu.

"Jadi kerja ini mudah untuk saya kerana selepas uruskan anak sebelum ke sekolah, saya boleh terus ke pasar dengan berjalan kaki kira-kira 20 minit," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Niat bagi memudahkan urusan pengunjung ke pasar borong

Selain berusaha mencari rezeki untuk menyara keluarganya, niat Kak Zah sebenarnya lebih daripada itu.

Dia mahu memudahkan urusan para pengunjung yang datang ke Pasar Borong Selangor terutamanya golongan warga emas, ibu mengandung, atau mereka yang tidak larat mengangkat barang dalam jumlah yang banyak.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Disebabkan itu, Kak Zah menawarkan juga khidmat membawa barang selain membantu membeli barangan basah serta lain-lain keperluan.

"Saya percaya, jika mudahkan urusan orang, InsyaAllah Tuhan permudahkan urusan saya.

"Jadi ambil (bayaran) ikhlas hati. Pada hari biasa, saya boleh mendapat upah antara RM40 hingga RM50 sehari.

"Alhamdulillah, duit upah itu cukup untuk saya membeli barang dapur. Ada yang bagi RM2, RM3, RM5 dan RM10…saya terima saja," katanya.

Semoga usahanya terus dipermudahkan dan menjadi inspirasi kepada kita semua.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: