Tiada Persefahaman Jadi Punca, Isteri Fikry Fail Cerai Selepas 4 Bulan Berkahwin
Kita doakan baik-baik sahajalah buat mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas empat bulan mendirikan rumah tangga, isteri kepada pengacara dan pelakon, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini
Menerusi laporan Berita Harian, Siti Khalizah selaku plaintif hadir ke dewan bicara pada jam 9.40 pagi, manakala Fikry selaku defendan belum kelihatan di mahkamah.
Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian dijadualkan berlangsung jam 9 pagi ini di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Tiada persefahaman jadi punca
Peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, yang mewakili Siti Khalizah Alihan, memaklumkan bahawa anak guamnya, isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim telah memfailkan permohonan cerai atas alasan tiada persefahaman dalam perkahwinan mereka.
"Pagi ini adalah sebutan kali pertama untuk permohonan cerai difailkan oleh anak guam, Siti Khalizah. Untuk sebutan pagi ini defendan (Fikry) tidak hadir. Kami juga sudah serahkan surat saman di bawah Seksyen 47 kepada defendan. Defendan sendiri terima surat saman berkenaan.
"Jadi, hari ini kami mohon satu tarikh tangguhan yang agak panjang untuk pihak-pihak mencapai kata sepakat untuk perdamaian. Ia juga untuk memberi ruang kepada pihak-pihak berbincang.
"Plaintif masih mahu berbincang untuk perdamaian dan sekarang, masih ada ruang untuk ke arah kebaikan," katanya.

Dalam pada itu, Siti Khalizah yang kelihatan tenang namun sayu enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai permohonan cerai yang difailkannya pada Mei lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
"Minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa sekarang," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 