Warga Emas Berjodoh Dengan Pensyarah Anak Saudara, Tak Sangka Rupanya Kenalan Di Sekolah 50 Tahun Dulu

Bukti jodoh tak pernah terlewat. So sweet!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, selepas lebih 50 tahun terpisah, dua hati yang pernah saling mengenali ketika zaman sekolah akhirnya disatukan sebagai suami isteri

Itulah kisah penuh manis pasangan warga emas, Azizah Alias, 77 dan Profesor Datuk Dr Md Sham Kassim, 81 yang baru saja selamat bernikah dalam satu majlis ringkas di Kampung Lada, Terengganu, pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Azizah yang merupakan seorang pesara kerajaan tidak menyangka akan bertemu jodoh buat pertama kali pada usia 77 tahun.

Katanya, dia terbuka hati untuk menerima Md Sham sebagai suami selepas mereka kembali berhubung melalui anak saudaranya yang juga bekas pelajar kepada profesor berkenaan.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

"Saya dapat mesej daripada anak saudara yang beritahu pensyarahnya mahu berkenalan dengan saya. Bila tengok namanya, rupa-rupanya kami saling mengenali ketika zaman sekolah dulu.

"Saya juga dapat galakan daripada adik-beradik dan anak saudara untuk menerima suami,"
katanya.

Menurutnya lagi, hatinya tidak pernah terbuka untuk menerima sesiapa ketika muda walaupun ada lelaki yang menaruh perasaan terhadapnya.

Md Sham nekad cari semula Azizah selepas 6 bulan kehilangan isteri

Md Sham pula mengakui bahawa selepas pemergian isterinya enam bulan lalu, hatinya mula terdetik untuk mencari Azizah semula.

Walaupun pada awalnya anak-anak kurang bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin semula, Md Sham tetap yakin dengan pilihannya.

"Saya beritahu anak-anak yang saya perlu teruskan hidup kerana pada usia ini, saya perlukan teman. Akhirnya mereka bersetuju. Selepas kematian isteri, hidup saya terasa sunyi dan saya teringatkan semula Azizah.

"Saya minta bantuan bekas pelajar saya, yang juga anak saudara Azizah, untuk mendapatkan nombor telefonnya dan sejak itu kami kembali berhubung,"
katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Sinar Harian
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: