Kubur Arwah Nurly Shahirah Kini Dipasang Tali Penghadang – “Ada Yang Ambil Tanah Sapu Di Muka”
Allahuakbar, ada juga yang ambil kesempatan ya.
Cover image via Ahmad Nazrul (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di media sosial tentang ramai yang datang menziarahi pusara salah seorang mangsa nahas UPSI, iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah
Difahamkan, orang ramai berebut-rebut untuk ziarah kuburnya kerana kawasan tersebut berbau sangat wangi dan bau itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Terdahulu, arwah Nurly turut terkorban dalam nahas kemalangan bas UPSI di Gerik pada 9 Jun lalu. Menurut individu yang menguruskan jenazah Nurly, bau wangi tersebut sudah ada sejak mereka menjumpai mayatnya sejurus selepas insiden tragis itu.
Arwah Nurly merupakan seorang Hafizah yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai sahabatnya ketika masih hidup. Malah, dia ditemui meninggal dunia sambil memeluk kitab suci itu.
Namun begitu, ada pihak yang mengunjungi kuburnya didakwa mengambil tanah kubur arwah dan membawa pulang
Menerusi hantaran seorang lelaki di Facebook, kawasan kubur arwah Nurly kini dipasang tali penghadang untuk menghalang perbuatan khurafat.
Menurut laporan Sinar Harian, dua abang serta seorang waris arwah bergotong-royong memasang tali penghadang itu kira-kira jam 6.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang, Terengganu pada Sabtu.

Abang arwah, Mohd Najmuddin Azman, 28, berkata pihak keluarga terpaksa mengambil tindakan memasang tali tersebut bagi mengelakkan perkara tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mengunjungi kawasan berkenaan.
"Kami berterima kasih kepada semua yang mendoakan arwah, tetapi janganlah sampai berlaku perkara khurafat atau mengambil kesempatan atas nama arwah.
"Kami sekeluarga memasang penghadang ini bagi mengekang perbuatan tidak sihat dan sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak melangkaui batas ketika menziarahi kubur," katanya.
Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



