Pemuda Bantu Aunty Cina 80 Tahun Beli Ubat, Kesian Tengok Tahan Kereta Dalam Gelap
Terima kasih orang baik!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi kebaikan yang dibuatnya apabila dia menolong seorang warga emas berbangsa Cina.
Menerusi ciapan video yang dikongsi oleh pengguna di laman X iaitu @kamaghul, difahamkan pemuda tersebut ternampak aunty Cina itu menahan kereta di tepi jalan pada waktu malam.
"Aunty ni tahan kereta kami sebab minta tolong bawa dia belikan ubat. Kalau kami tak berhenti, aunty ni kena jalan kaki pergi beli ubat," katanya.

Rupa-rupanya, warga emas itu sudah kematian suami dan tidak mempunyai anak
Menurut pemuda itu lagi, aunty Cina tersebut dijaga oleh seorang lelaki yang mungkin saudaranya kerana dia menghidap strok.
Pertolongannya tidak berakhir di situ, keesokan harinya pemuda tersebut pergi lagi ke rumah warga emas itu dan memberikan sup ayam untuknya.
"Dia happy dapat sup ayam. Bye aunty nanti kita jumpa lagi," katanya.

Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



