Gara-Gara Pakai Swimsuit Kawan Saiz 7XL, Lelaki ‘Ditegur’ Pakai T-Shirt Di Kolam Renang

Difahamkan, mereka telah memberitahu pengawal dan pastikan pakaian renang itu boleh dipakai.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @areppakbar (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, dua orang lelaki berkongsi situasi tegang ketika mereka sedang berenang di kolam sebuah pangsapuri telah mengundang bualan ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @areppakbar, semasa mereka berdua sedang berendam di swimming pool itu, seorang wanita tidak dikenali tiba-tiba datang menyapa mereka.

Wanita berkenaan memberitahu mereka bahawa mereka tidak boleh berenang di situ kerana tidak memakai pakaian renang.

"Awak sepatutnya masuk kolam dengan pakaian renang. Ini tak nampak macam pakaian renang sebab biasanya pakaian renang akan melekat pada badan," katanya.

SAYS.com
Image via @areppakbar (TikTok)

Namun begitu, lelaki tersebut menjelaskan bahawa baju renang kawannya nampak longgar kerana dia meminjam bajunya yang bersaiz besar

"Pengawal tu pastikan kami memang pakai pakaian renang, kemudian ada seorang wanita yang serang kami walaupun kami memang pakai pakaian renang.

"Kami dah beritahu pengawal yang pakaian ni memang pakaian renang, bukan jersi. Saya pakai baju renang jenis Shaf saiz 7XL dari China, padahal saiz sebenar saya L.

"Jadi si Karen tu ingat saya pakai jersi sebab pakaian ni tak nampak ketat,"
katanya.

SAYS.com
Image via @areppakbar (TikTok)

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut tidak berkenan dengan cara wanita itu menegur mereka

SAYS.com
Image via @areppakbar (TikTok)
SAYS.com
Image via @areppakbar (TikTok)
SAYS.com
Image via @areppakbar (TikTok)

Lihat video di bawah:

@areppakbar

Guard dah pastikan yang kitaorang pakai ni swimsuits , pastu ada seorang wanita karen yang attack kitaorang pasai swimsuits , padahal kita dah bagitau guard tu dah yang ni swimsuits bukan baju jersey I pakai baju size shaf swimsuit yang 7XL from China and arep punya saiz L So si karen ingat arep pakai baju jersey sebab tak nampak ketat lah 🥹🤣 Btw thanks ya for @ShafVogueBeauty sebab berani bersuara🥰 #swimmingpool #swimminggoneroal #tiktoklive #livehighlights

♬ original sound – Arepp – Arepp

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik