Wanita Kongsi Buat Scaling Gigi Hanya RM3 Di Klinik Kerajaan, Kena Ada Aplikasi MySejahtera

Murah betul rawatan dia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kos rawatan gigi sekarang bukannya murah, lebih-lebih lagi kalau anda tak dilindungi faedah kesihatan daripada majikan

Kadang-kadang baru buat scaling dan tampal sikit, bil pun dah buat kita terkejut.

Sebab tu bila ada peluang rawatan mampu milik seperti yang ditawarkan klinik kerajaan ramai yang manfaatkannya. Tapi tak semua tahu pasal perkara ini.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya melakukan rawatan gigi di klinik kerajaan yang membuatkan dia terkejut.

SAYS.com
Image via @mayriamariella (Threads)

Tak sangka harga rawatan gigi di klinik kerajaan murah

Menerusi perkongsian di akaun @mayriamariella di Threads, seorang wanita memberitahu kongsi pengalaman buat scaling gigi di klinik kerajaan dengan harga cuma RM3 je di sebuah klinik pergigian kerajaan.

Menurutnya, tempat kerjanya tidak menyediakan manfaat pergigian, jadi dia nekad cuba perkhidmatan di klinik kerajaan.

Namun, dia tidak menyangka bukan hanya servisnya mesra dan cepat, tapi harganya juga jauh lebih murah dari jangkaan.

Malah, dia juga memberitahu boleh membuat temu janji dan semak lokasi klinik melalui aplikasi MySejahtera sahaja.

Untuk membuat temu janji menerusi aplikasi tersebut, mula-mula, dia memuat turun aplikasi MySejahtera, kemudian pergi ke butang 'Appointment', pilih 'Dental Checkup', dan terus tempah slot masa di bawah kategori 'Walk-In'.

Lihat perkongsian di bawah:

SAYS.com
Image via @mayriamariella (Threads)

Tak dinafikan, rawatan di klinik kerajaan memang murah dan berbaloi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: