Terengganu Bakal Wajibkan Lembu Ternakan Dipasang Kod QR, Atasi Isu Haiwan Berkeliaran

Setakat ini cuma ada undang-undang kecil PBT yang membolehkan haiwan ternakan berkenaan ditangkap untuk dilelong.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Terengganu akan menggubal satu enakmen baharu yang akan mewajibkan setiap pemilik ternakan untuk memasang kod QR pada haiwan peliharaan mereka seperti lembu, kambing dan kerbau

Langkah ini bertujuan memperkemas pemantauan, mengurangkan risiko kehilangan serta membantu dalam pengurusan data ternakan secara sistematik.

Menerusi laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Datuk Dr Azman Ibrahim, berkata langkah itu bertujuan menangani masalah haiwan ternakan berkeliaran sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya serta mengakibatkan kerosakan harta benda awam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Risda

Ia bagi membolehkan haiwan ternakan berkenaan ditangkap untuk dilelong

Beliau menjelaskan bahawa penggunaan kod QR tersebut akan memudahkan proses pengesanan pemilik haiwan ternakan dengan lebih pantas, sekali gus membolehkan tindakan undang-undang diambil dengan lebih efisien sebagai langkah pencegahan dan pengajaran kepada yang cuai.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

"Kerajaan negeri sedang melihat dengan serius keperluan mewujudkan Enakmen Kawalan Ternakan Ruminan bagi mengawal selia kegiatan penternakan.

"Ketika ini, kita hanya ada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membolehkan haiwan ternakan berkenaan ditangkap untuk dilelong dan sebagainya. Namun, setakat itu saja.

"Kita memerlukan undang-undang tegas untuk menyelesaikan masalah itu yang sudah berlarutan selama berpuluh-puluh tahun," katanya.

SAYS.com
Image via Dr Azman Ibrahim (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: