PMX Mahu Jabatan Kerajaan Mula Berhenti Guna Barang Import Pada Acara Rasmi

Difahamkan, ia sebagai langkah untuk mengutamakan dan menyokong produk tempatan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan agar menghentikan penggunaan barangan import dalam acara rasmi

Ia khususnya melibatkan makanan, sebagai langkah untuk mengutamakan dan menyokong produk tempatan.

Menerusi laporan Berita Harian, Perdana Menteri memberitahu penggunaan bahan tempatan dalam acara kerajaan bukan sahaja menyokong ekonomi negara, tetapi turut memberi peluang lebih luas kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil mereka.

"Jadi kalau seluruh jabatan kerajaan (laksana arahan ini), maknanya peluang petani untuk mengeluarkan bahan-bahan tempatan lebih banyak," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Bandingkan amalan negara jiran yang menggunakan barangan tempatan

Menurut Anwar, langkah ini sepatutnya sudah lama diamalkan kerana negara jiran seperti Thailand dan Indonesia sangat tegas dan konsisten dalam menggunakan bahan makanan tempatan dalam setiap majlis rasmi mereka.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia juga perlu memiliki semangat yang sama, bukan sahaja untuk menyokong pengusaha tempatan, tetapi juga sebagai satu bentuk kebanggaan nasional terhadap hasil negara sendiri.

"Laos, Vietnam, Thailand, saya belum pernah makan dalam upacara rasmi jemputan kerajaan-kerajaan ini bahan makanan import. Tidak ada, secara automatik mereka pastikan makanan tempatan," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Susulan daripada itu, Perdana Menteri turut menegur sikap segelintir pihak yang masih cenderung memilih makanan import, walaupun garis panduan telah pun dikeluarkan.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai bercanggah dengan usaha memperkukuh ekonomi negara, dan mengingatkan agar semua pihak lebih peka serta bertanggungjawab dalam menyokong produk keluaran tempatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: