Singapura Kini Aktif Rekrut Doktor & Jururawat Dari Malaysia, Gaji Permulaan 110 Ribu SGD Setahun

Difahamkan, mereka akan membuka temu duga pekerjaan di Kuala Lumpur.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular perkongsian di media sosial baru-baru ini apabila Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dilaporkan akan turun padang ke Kuala Lumpur

Didakwa ia bukanlah untuk lawatan rasmi, tetapi dalam usaha aktif merekrut doktor dan jururawat Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan dalam sistem kesihatan negara itu.

Langkah ini dilihat sebagai usaha agresif Singapura untuk menarik tenaga kerja kesihatan berkualiti dari Malaysia, dengan menawarkan gaji lebih kompetitif, kemudahan lengkap dan peluang pembangunan kerjaya yang lebih luas.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Tawarkan gaji lumayan kepada mereka yang terpilih

Menurut perkongsian seorang pengguna di laman Threads, tawaran kerja dari negara jiran itu memang bukan biasa terutamanya bila dilihat pada jumlah gaji yang ditawarkan.

"Mereka bayar bermula sekitar SGD110,000 setahun (lebih RM380k!), tu pun belum campur masuk faedah macam elaun tempat tinggal, insurans kesihatan, dan pelbagai lagi," kongsi seorang pengguna tersebut.

Tambahnya lagi, peluang bekerja di sana boleh jadi strategi kewangan yang bijak, terutamanya untuk anak muda yang nak bina simpanan.

"Kerja sana 2 tahun, kumpul duit, lepas tu boleh balik Malaysia kalau dah rindu kampung halaman. Simpanan pun dah selamat," tambahnya lagi.

Kalau dapat, memang rezeki besar. Cuma sanggup atau tak sanggup sahaja tinggalkan tanah air.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: