[VIDEO] Memotong Secara Berbahaya Atas ‘Double Line’, Anggota JPJ Kini Digantung Tugas

Kenderaan jabatan itu dipandu secara berbahaya di Simpang Pulai, Perak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan segera dan tegas dengan menggantung tugas anggota yang terlibat dalam insiden tular

Difahamkan, ia selepas sebuah kenderaan JPJ yang dilihat dipandu secara berbahaya di kawasan Simpang Pulai, Perak.

Video berkenaan yang tersebar di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi netizen, apabila kenderaan rasmi JPJ dilihat memandu secara agresif dan membahayakan pengguna jalan lain.

SAYS.com
Image via Facebook

Tindakan serta-merta diambil terhadap anggota terbabit 

Menerusi kenyataan di Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli memberitahu, tindakan serta-merta telah diambil terhadap anggota terbabit selepas aduan awam diterima berkaitan insiden itu yang berlaku pada 9 Julai.

"Kami memandang serius berkaitan kejadian tersebut dan tindakan tegas secara serta merta telah dikeluarkan.

"Antaranya, pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar dan larangan memandu kenderaan Jabatan.

"Selain itu, arahan menggantung tugas serta menempatkan anggota yang terlibat ke jawatan kumpulan di Ibu Pejabat JPJ sehingga siasatan selesai," katanya.

Tambahnya, JPJ tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan jalan raya dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan, termasuk anggota serta kakitangan jabatan sendiri, yang didapati melanggar undang-undang atau melakukan kesalahan lalu lintas.

SAYS.com
Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: