“Terima Kasih AirAsia!” – Ibu Hargai Bantuan Segera Untuk Anaknya Tiba-Tiba Sakit
Cemas dalam pesawat, tapi bantuan pantas kru dan penumpang berjaya selamatkan si kecil.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang ibu yang juga rakyat Malaysia, Jacyntha Florentius, menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada krew AirAsia
Ia selepas anak perempuannya yang berusia setahun mengalami kecemasan perubatan ketika dalam penerbangan baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu, 5 Julai, Jacyntha berkongsi detik cemas itu ketika mereka menaiki penerbangan AK115 dari Guangzhou ke Kuala Lumpur.
Difahamkan, penerbangan yang berlepas pada jam 5.55 pagi pada awalnya berjalan lancar, malah anaknya, Natashya Sofea, tidur sepanjang perjalanan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via AirAsiaAnak tiba-tiba pucat dan sukar bernafas, ibu terus minta bantuan kru kabin
Menurut Jacyntha, kira-kira 90 minit dalam penerbangan, selepas bangun dari tidur dan menyusu, Natashya tiba-tiba kelihatan gelisah dan menangis sekejap, senyap sekejap, sebelum wajahnya mula pucat, bibir hilang warna dan sukar bernafas. Keadaannya ketika itu sangat lemah dan tidak responsif.
Tanpa berlengah, Jacyntha menepuk belakang, menggosok kaki dan tangan anaknya, sambil cuba membuatnya menangis untuk bertindak balas. Dalam masa sama, dia terus maklumkan keadaan kepada krew pesawat dan meminta bekalan oksigen.
Tindakan pantas krew & penumpang berjaya bantu stabilkan keadaan
"Krew AirAsia sangat pantas dan cekap! Selepas diberi oksigen, keadaan anak saya mula pulih bibirnya bertukar merah jambu semula," tulis Jacyntha.
Krew juga segera membuat pengumuman meminta bantuan jika ada doktor di dalam pesawat, dan syukur, seorang doktor tampil ke depan untuk membantu.
Malah, juruterbang turut dimaklumkan dan pesawat diturunkan ke altitud lebih rendah bagi membantu Natashya bernafas dengan lebih selesa.
Jacyntha juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kru kabin dan doktor yang membantu, serta menyifatkan pengalaman itu sebagai satu keajaiban dalam penerbangan yang takkan dilupakan.
"Mereka sangat prihatin dan pantas bertindak. Saya benar-benar terhutang budi," tulisnya.

Semuanya kerana tindakan pantas dan keprihatinan krew serta penumpang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 