Kerajaan Indonesia ‘Panas’ Tradisi 100 Tahun Didakwa Diclaim Oleh Netizen Malaysia
Ia telah diiktiraf sebagai Warisan Budaya Takbenda oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (Kemendikbudristek).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila tradisi pacu jalur yang sinonim dengan daerah Kuantan Singingi di Riau, Indonesia
Menerusi laporan Detik, dikatakan tradisi berkenaan telah diklaim oleh warganet Malaysia sebagai sebahagian daripada warisan budaya negara.
Situasi ini mencetuskan perdebatan hangat di kedua-dua negara, hingga mendapat perhatian Gabenor Riau, Abdul Wahid, yang tampil menjelaskan bahawa fakta dan realitinya pacu jalur adalah budaya yang lahir di Bumi Lancang Kuning.

Lambang warisan budaya
Beliau menegaskan bahawa tradisi itu merupakan identiti dan kebanggaan masyarakat tempatan, dan menyifatkan dakwaan yang menyebut pacu jalur sebagai warisan budaya Malaysia sebagai tidak tepat dan perlu diperbetulkan.
Walaupun setiap pihak bebas membuat tuntutan budaya, penting untuk melihat fakta dan sejarah sebenar.
"Kita ni serumpun, asimilasi budaya tu pasti berlaku. Tapi dalam sejarah, pacu jalur memang milik Kuantan Singingi. Ia dah wujud sejak abad ke-17," katanya.

Pacu jalur bukan sekadar acara perlumbaan biasa, ia adalah warisan turun-temurun masyarakat di tebing Sungai Kuantan, yang dahulunya digunakan sebagai pengangkutan utama untuk urusan harian, pertanian dan perdagangan.
Perkataan "jalur" itu sendiri diambil dari kata "menjulur", merujuk kepada bentuk perahu yang panjang.
Menurut Wahid, tradisi pacu jalur dahulunya diadakan untuk memperingati ulang tahun Ratu Wilhelmina semasa penjajahan Belanda. Kini, ia terus hidup sebagai acara nasional yang diraikan menjelang Hari Kemerdekaan Indonesia.
Sejak 2014, pacu jalur juga telah diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Indonesia oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (Kemendikbudristek).
Beliau tidak mempertikaikan secara langsung 'klaim' yang dibuat oleh mana-mana negara jiran, namun beliau menyeru masyarakat untuk melihat pada realiti dan usaha berterusan rakyat Riau yang terus mempertahankan dan mengembangkan pacu jalur hingga ke peringkat antarabangsa.
"Kita tak kisah orang nak kata itu dan ini. Tapi hakikatnya, yang membangunkan, menjaga dan memartabatkan pacu jalur ni tetap Riau," jelasnya.
Komen-komen tular dakwa rupanya datang dari warga Indonesia sendiri
Selepas kecoh warga Malaysia didakwa 'claim' tradisi Pacu Jalur sebagai budaya Malaysia, hingga mencetuskan kemarahan warganet Indonesia.
Seorang pengguna berjaya membongkar punca sebenar. Rupa-rupanya akaun-akaun yang menyamar jadi rakyat Malaysia itu datang dari warga Indonesia sendiri.
Melalui bantuan chatbot khas di Telegram, pengguna tersebut berjaya menjejaki identiti individu di sebalik komen provokatif tu, sekali gus membuktikan bahawa bukan rakyat Malaysia yang mula mengapi-apikan isu budaya ini.
Perkara ini turut dikongsikan semula di platform Threads, dan majoriti pengguna Indonesia hanya mampu terdiam dan menggeleng kepala selepas mengetahui kebenaran sebenar di sebalik akaun palsu itu.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 