Guru Dilapor SiSPAA, Sampai Cek Pad Pelajar Datang Haid Sebab Tak Percaya Uzur

Yang duduk asrama mesti faham.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi sesiapa yang pernah tinggal di asrama waktu sekolah dulu, pasti pernah dengar atau alami sendiri kisah warden atau guru buat pemeriksaan tuala wanita terhadap pelajar perempuan yang datang haid bukan?

Perkara ini dilihat seolah-olah menjadi 'amalan biasa' di sesetengah tempat kononnya untuk pastikan pelajar tak guna alasan datang bulan sebagai jalan mudah elak solat atau aktiviti lain.

Baru-baru ini, tular pendedahan seorang individu yang mengakui telah mengambil tindakan terhadap seorang guru di Kelantan, selepas berasa marah dan tidak puas hati berhubung isu pemeriksaan tuala wanita dalam kalangan pelajar perempuan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Yarisanitary

Didakwa sering periksa tuala wanita pelajar sebab takut pelajar 'ponteng' solat

Menerusi perkongsian di laman X, seorang individu berkongsi tindakan seorang guru yang patut dihentikan.

Menurutnya, guru wanita berkenaan sering kali memeriksa tuala wanita pelajar kerana takut mereka akan mengelak untuk solat.

Oleh kerana tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, pelajar berkenaan telah membuat laporan rasmi melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku.

Bagaimanapun, difahamkan guru terbabit telah berhenti kerana tidak mahu ditukarkan ke sekolah di pendalaman.

SAYS.com
Image via @meinmokhtar (X)

Isu seperti ini perlu ditangani dengan empati dan hormat, bukan kawalan berlebihan yang melanggar batas peribadi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: