"Perempuan Tak Payah Kerja" – Pekerja Bangla Kongsi Cara Hidup Di Negara Asal

Syok ya jadi perempuan Bangladesh.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi ramai rakyat Malaysia, pekerja asing dari Bangladesh sering dilihat menjalankan pelbagai pekerjaan fizikal dari tapak bina ke restoran mamak

Tapi bila ditanya tentang gaya hidup dan budaya di negara asal mereka, tak semua pernah dengar cerita sebenarnya.

Baru-baru ini, satu perkongsian tular di media sosial apabila seorang lelaki Bangladesh yang bekerja di Malaysia bercerita tentang kehidupan di kampung halamannya.

SAYS.com
Image via @kunyahan_ (TikTok)Image via

Beritahu perempuan di negaranya tidak perlu bekerja, hanya lelaki sahaja

Menerusi video perkongsian di TikTok @kunyahan_, seorang lelaki Bangladesh yang bekerja di Malaysia bercerita tentang kehidupan di kampung halamannya.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen ialah dia memberitahu di negara asalnya Bangladesh, perempuan di sana tidak perlu bekerja. Sebaliknya, ia semua akan ditanggung oleh lelaki.

"Di Malaysia perempuan bekerja, tetapi di Bangladesh perempuan tidak perlu bekerja. Duit ke baju ke hanhphone, internet, semua saya bagi," katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi, namun secara tak langsung memberi gambaran tentang perbezaan peranan gender, ekonomi keluarga dan struktur sosial yang wujud di tempat lain, berbanding apa yang kita biasa lihat di Malaysia.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: