Tak Nak Beban Penjaga Dengan Duit Minyak, Pelajar Pilih Naik Kuda Ke Sekolah Setiap Hari
Kenderaan berkuasa tinggi ni.
Cover image via อ่างทองทูเดย์ (Facebook(Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di wilayah Ang Thong, Thailand, seorang pelajar Tingkatan Empat mencuri perhatian ramai apabila sanggup menunggang kuda ke sekolah setiap hari semata-mata untuk jimat kos minyak
Pelajar yang dikenali sebagai Theeraphat Ransaworanan, atau lebih mesra dipanggil 'Ten', telah menunggang kuda jantan peliharaannya yang dinamakan Sunny sejauh lima kilometer ke Sekolah Menengah Wisetchaichan Tantiwitthayapoom dan rutin luar biasa ini sudah sebulan.
Bukan saja unik, tapi semangat Ten tunjukkan bahawa bila ada kemahuan, tak ada alasan yang boleh tahan dia dari terus belajar.

Dulu rasa malu, sekarang jadi inspirasi
Menurut laporan Sinar Harian, Ten yang baru berusia 16 tahun pada mulanya rasa segan bawa kuda ke sekolah kerana takut diketawakan dan dianggap pelik.
Tapi, semua berubah bila tindakannya mula dapat perhatian positif. Kini, dia bangga dengan pilihan uniknya, lebih-lebih lagi apabila guru, rakan sekolah dan penduduk setempat tampil beri sokongan.
"Saya suka kuda. Ia membantu saya jimat minyak dan saya juga tidak perlu guna motosikal sepanjang masa," katanya.
Minat Ten terhadap kuda bukan baru semalam muncul, semuanya bermula sejak dia kecil lagi, bila dia memujuk neneknya untuk membeli seekor kuda semasa masih di sekolah rendah.

Dari situ, hubungan dia dengan kuda bukan sekadar hobi, tapi jadi sebahagian hidup.
Sekarang, bukan setakat tunggang kuda ke sekolah, Ten juga luangkan masa mengajar orang kampung cara menunggang, dan kadang-kadang sertai perarakan serta acara keagamaan sambil menjana pendapatan sampingan.
Menariknya, menurut Pengetua Sekolah Menengah Wisetchaichan Tantiwitthayapoom, Dr Nuchanart Yimchan memberitahu Ten memang sudah diberi kebenaran rasmi untuk membawa Sunny ke sekolah setiap hari.
"Sunny ditempatkan berhampiran kediaman saya. Ten bertanggungjawab menjaga kuda itu sepanjang hari," katanya.

Tambah beliau, inisiatif pelajar tersebut menjadi contoh nilai 'kuasa lembut' yang memupuk semangat budaya dan tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
Malah, tindakan unik Ten juga menarik perhatian warga maya di Thailand yang memuji keberaniannya serta menyifatkan pelajar itu sebagai ikon ketabahan dan kreativiti remaja luar bandar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


