Pemandu, Penumpang Bas Ekspres & Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai
Peraturan sebagai langkah mempertingkat keselamatan penumpang di jalan raya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula 1 Julai ini, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan, tanpa pengecualian
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020.
Sementara bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroImage via Harian MetroMereka yang ingkar akan dikenakan saman
Jelasnya, pemandu perlu memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak dan mereka yang ingkar akan dikenakan saman sebanyak RM300.
"Sebelum ini kita mengambil pendekatan advokasi, namun bermula 1 Julai ini kita akan melaksanakan secara tegas.
"Sekiranya pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang berkenaan, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebalik pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman.
"Jika pemandu sudah memberi peringatan kepada penumpang, namun penumpang masih berdegil untuk memakai tali pinggang keledar, saman hanya akan diberikan kepada penumpang. Namun kita akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan sama ada peringatan sudah dibuat atau sebaliknya," katanya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.
Image via NSTP/Nik Abdullah Nik OmarMengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa JPJ telah mengadakan sesi perbincangan dan libat urus bersama pengendali syarikat bas bagi menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan peraturan baharu tersebut.
"Kita sudah mengeluarkan garis panduan kepada mereka supaya arahan yang diterima jelas dan selepas ini kita tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan yang dilakukan.
"Justeru saya mengingatkan semua syarikat pengendali bas dan penumpang supaya mematuhi arahan yang ditetapkan," katanya.


Cover image via