Zul Ariffin Berjaya Turun Berat Badan 20KG Dalam Masa Dua Bulan – "101KG To 81KG"

Wow dia belanja six packs la!

Cover ImageCover image via @zul_ariffin (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon sado, Zul Ariffin mencuri tumpuan peminat selepas berkongsi berat badannya yang terkini

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagramnya, Zul berkata berat badannya turun dari 101kg ke 81kg dalam masa 60 hari saja.

"Hari ini hari ke-60. Tepat 2 bulan pengorbanan. 20kg turun. 101kg- 81kg. 2 kali black out. 1 kali hidung berdarah.

"Banyak kali migrain dan pening, rendah karbohidrat, rendah gula, semua rendah la! Dan masih 2,3 jam latihan setiap hari,"
katanya.

SAYS.com
Image via @zul_ariffin (Instagram)
SAYS.com
Image via @zul_ariffin (Instagram)

Difahamkan, Zul gigih menurunkan berat badannya kerana ingin memulakan penggambaran filem baharu yang bertajuk 'Furious'

Menurutnya, proses itu tidak mudah, malah ia merupakan salah satu cabaran terbesar yang aktor itu tempuh setakat ini.

"Kali terakhir saya lakukan macam ini adalah 9 tahun yang lalu dan itu hanya 12kg. Saya berkata saya akan melakukannya, secara jujur, saya tak yakin boleh buat tapi kadang-kadang anda hanya perlu mengetap gigi dan berkata LET'S GO!" katanya lagi.

SAYS.com
Image via @zul_ariffin (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via

You may be interested in: