Berita Baik Buat Peminat Durian, Harga Durian Dijangka Turun & Lebih Murah Julai Ini
Mana semua peminat durian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Musim durian kembali mencuri tumpuan peminat raja buah apabila bekalannya mula membanjiri pasaran sejak awal Jun lalu
Terutamanya dari negeri-negeri pengeluar utama seperti Johor dan Pahang.
Kehadiran durian segar ini kembali menghidupkan suasana meriah di gerai-gerai jualan sekitar ibu kota, terutamanya menjelang hujung minggu.
Menerusi laporan Harian Metro, tinjauan mereka di sekitar Sentul mendapati beberapa gerai durian mula dipenuhi pelanggan seawal 12 tengah hari, dengan ramai warga kota mengambil peluang menikmati durian segar selepas waktu bekerja atau ketika bersantai bersama keluarga.

Harga masih sedikit tinggi tapi akan mula menurun ketika musim puncak
Menurut peniaga durian, Muhd Khairul, dia yang sudah lebih lapan tahun berniaga raja buah itu menyifatkan musim kali ini sebagai permulaan kepada 'musim besar' yang dijangka memuncak sekitar Julai hingga Ogos.
"Sekarang pelanggan sudah mula datang terutamanya cari durian jenis Udang Merah dan IOI.
"Sekarang harga mula turun sikit. Isu Musang King sekilo boleh cecah RM190. Tapi ada juga durian dengan harga lebih berpatutan bergantung kepada gred dan saiz," katanya.
Jelasnya, pada awal musim seperti sekarang, harga masih sedikit tinggi namun akan beransur turun ketika musim puncak bergantung kepada jumlah bekalan yang diterima daripada pembekal.
"Saya tidak ada kebun sendiri, jadi semua bekalan saya ambil daripada pembekal tetap dari Johor dan Pahang. Kalau harga dari pembekal turun, kita akan buat promosi.
"Saya ikut harga semasa dan akan turunkan harga untuk pelanggan bila boleh," katanya.

Pelanggan menikmati durian yang baru tiba.
Image via Harian MetroDijangka akan lebih murah bila masuk pada Julai nanti
Menurut Aiman Junaidi yang bekerja di salah satu gerai durian, antara jenis durian yang ditawarkan termasuklah Musang King, IOI, D24, durian kampung dan Udang Merah.
Beliau berkata, sejak gerai dibuka pada awal bulan ini, Musang King kekal menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pelanggan disebabkan rasa dan kualitinya yang premium.
"Permintaan paling tinggi memang Musang King, diikuti D24 yang laris sepanjang minggu ini. Harga memang sedikit tinggi sekarang tapi dijangka lebih murah bila masuk puncak musim pada Julai nanti.
"Bagaimanapun, kami ada sediakan pelbagai promosi termasuk durian kampung yang boleh dibeli serendah RM60 satu beg plastik," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via