Perokok Aktif Bersenam Vs Non Smoker & Tak Bersenam – "Mana Lebih Bahaya Untuk Jantung?"
Senang cerita, tak payah lah merokok atau vape langsung.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang doktor pakar berkongsi risiko tentang perokok yang aktif bersenam dengan bukan perokok yang tidak bersenam menerusi satu podcast bersama Dr Malar
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram @yousihatpodcast, doktor berkenaan menjawab soalan daripada Dr Malar mengenai tahap bahaya kedua-dua situasi tersebut.
Menurut beliau, apa-apa pun yang terjadi, seseorang individu itu perlu berhenti merokok terlebih dahulu untuk elakkan risiko kesihatan dalam badan.
"Tak boleh guna alasan saya badan fit, saya bersenam, saya tak gemuk, saya boleh six packs, saya boleh cycle 30km tapi saya nak merokok. It doesn't help," katanya.

Rokok tradisional atau e-cigarettes lagi berbahaya? Ini penjelasan beliau:
"Dua-dua bahaya, e-cigarette is completely unregulated. Tak ada orang kawal apa kandungan air dalam e-cigarette tu. You all tahu tak apa senarai kandungan dalam liquid tu?
"Sebagai contohnya, 70% bila kita buat kajian dan ambil sample cecair e-cigarette yang diaorang promote sebagai nikotin free. Hampir 70% claim dia tak ada nikotin tapi sebenarnya ada nikotin. Sebenarnya kandungan nikotin dia lebih tinggi dari rokok itu sendiri.
"Kalau company yang jual e-cigarette tu tak buat perisa yang sedap sampai budak sekolah rendah beli sekali lagi, they will not sell it. Mereka hanya akan jual kalau mereka tahu orang akan beli banyak lagi," jelasnya lagi.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via