Nama Je 'Coklat Dubai' Tapi Sebenarnya Dibuat Di Turkiye, Pengimport Saman Penjual Coklat
Aldi Sud telah menjual coklat Alyan Dubai Handmade Chocolate sejak Disember lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah Tinggi Wilayah di Cologne, Jerman pada Jumaat telah memutuskan bahawa rangkaian pasar raya diskaun terkenal, Aldi Süd, tidak lagi dibenarkan menjual coklat berlabel 'coklat Dubai'
Hal itu kerana produk tersebut sebenarnya dihasilkan di Turkiye, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Menurut laporan Bernama, keputusan ini sekali gus membatalkan keputusan mahkamah rendah sebelum ini dan dianggap muktamad, meskipun ia dibuat melalui prosiding ringkas.
Jurucakap mahkamah berkata masih belum jelas sama ada mana-mana pihak akan memulakan prosiding penuh selepas ini.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The KitchnPengimport failkan tindakan undang-undang kerana coklat dibuat di Turkiye
Difahamkan, pasar raya Aldi Sud telah menjual coklat Alyan Dubai Handmade Chocolate sejak Disember lalu.
Bagaimanapun, seorang pengimport konfeksi telah memfailkan tindakan undang-undang untuk menghentikan penjualan tersebut atas alasan bahawa coklat berkenaan dihasilkan di Turkiye seperti yang tertera pada bahagian belakang bungkusan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via ChipMenurut Aldi, pengguna telah lama memahami istilah 'coklat Dubai' sebagai merujuk kepada sejenis produk yang diisi dengan pistachio kadayif (mi rangup) dan bukannya sebagai penunjuk asal usul produk.
Tetapi, mahkamah berpendapat bahawa apa-apa produk yang dinamakan "coklat Dubai" mesti benar-benar berasal dari Dubai, kerana pengguna boleh terkeliru.
"Adalah memadai apabila sekitar 15 hingga 20 peratus pengguna masih mengaitkan istilah tersebut dengan lokasi geografi tertentu," kata mahkamah dalam penghakiman.
Jurucakap Aldi Sud memberitahu syarikat itu akan meneliti alasan penuh penghakiman tersebut.
Tambahnya, coklat tersebut telah dikeluarkan daripada jualan sebagai langkah berjaga-jaga sejak awal pertikaian undang-undang itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via