Pelajar Indonesia Kagum Lihat Kebersihan Di Malaysia Bandingkan Dengan Negaranya Sendiri

Tapi admin suka pergi Indonesia!

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular satu video di Instagram Reels dimuat naik oleh seorang pelajar Indonesia yang berkongsi pengalaman peribadi tentang perbezaan tahap kebersihan antara Malaysia dan negara asalnya.

Menerusi video yang dikongsi oleh @yusrielfirm, dia meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja melangkah masuk ke sebuah cawangan Family Mart di Jakarta Selatan, yang menurutnya kelihatan tidak terurus, penuh dengan sampah di atas meja dan lantai.

"Setelah bertahun-tahun tinggal di Malaysia, aku pernah shock banget waktu masuk ke salah satu Family Mart di Jakarta Selatan. Sampah berserakan di meja dan di lantai.

"Padahal, selama aku berkunjung ke banyak Family Mart di Malaysia, kebersihannya selalu dijaga. Pengunjung bertanggung jawab membersihkan sendiri meja setelah makan, membuang sampah pada tempatnya, dan menjaga kenyamanan bersama,"
katanya.

SAYS.com
Image via @yusrielfirm (Instagram)

Bukan nak kutuk tempat sendiri, tapi ingin memberi kesedaran bersama

Pelajar itu turut menjelaskan bahawa dia bukan berniat untuk memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya mahu membuka ruang refleksi bersama mengenai tanggungjawab masyarakat dalam menjaga kebersihan ruang awam.

Katanya lagi, isu kebersihan ini bukan sekadar soal estetika, tetapi sebenarnya mencerminkan mentaliti, disiplin dan sikap sesebuah bangsa terhadap kemudahan awam yang mereka miliki.

Malah, dalam video yang sama, dia turut memaparkan beberapa lokasi di Malaysia yang menurutnya sangat bersih dan selesa, sekali gus menunjukkan betapa pentingnya sikap bertanggungjawab masyarakat di sini terhadap ruang yang dikongsi bersama.

SAYS.com
Image via @yusrielfirm (Instagram)
SAYS.com
Image via @yusrielfirm (Instagram)
SAYS.com
Image via @yusrielfirm (Instagram)

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik