Kilafairy Minta Doa Dari Orang Ramai – “Kenapa Rasa Macam Nak Free Hair Balik Ni?”

Stay strong Kila, semoga terus istiqamah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas lima tahun berhijab, pelakon Kilafairy kini berperang dengan perasaannya yang terdetik untuk kembali free hair

Menerusi ciapannya di laman Threads baru-baru ini, Kila meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buatnya.

Ramai berpendapat dia bertindak begitu kerana sedih dan rasa down selepas kehilangan ibu tercinta, Allahyarhamah Rohana Jalil yang meninggal dunia pada 20 Jun 2023.

"Hujung hujung dah iman Kila ni. I need your duas.. doa Mama dah takde," tulisnya.

SAYS.com
Image via @kilafairyofficial (Threads)

Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, mengakui baru kini dia faham betapa sukarnya untuk kekal istiqamah

"Kenapa rasa mcm nak free hair balik ni eh? But when i think back about this.. Kenapa i nak please manusia. Patut kena do everything for Allah. Not manusia.

"Now baru faham kenapa org kata istiqamah tu susah. Astaghfirullahal'azim Ya Allah kuat kan la iman aku. Doa kan i please guys,"
katanya.

SAYS.com
Image via @kilafairyofficial (Instagram)

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar pelakon itu terus kuat dan cari seseorang untuk kembalikan semangatnya

Tidak kurang juga, ramai artis yang memberi kata-kata semangat buat Kila dan mengajaknya ke majlis ilmu.

Lihat posting itu di bawah:

View on Threads
View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via