Lee Zii Jia Muat Naik Lukisan Misteri, Netizen Risau Tapi Tetap Beri Kata-Kata Semangat
Moga LZJ baik-baik je.
Cover image via @leeziijia (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu posting misteri di Instagram miliknya
Tanpa kapsyen, tanpa penjelasan, hanya beberapa lakaran hitam putih yang kelihatan agak abstrak sudah cukup untuk mencetuskan tanda tanya dan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat sukan tanah air.
Posting yang penuh teka-teki itu kini sudah meraih lebih 86,000 tanda suka dan 2,000 komen kebanyakannya daripada penyokong dan rakan atlet yang meluahkan rasa risau terhadap dirinya.



Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang menzahirkan sokongan moral dan berharap Zii Jia terus kuat menghadapi cabaran yang sedang dilaluinya
Tak kurang juga yang tertanya-tanya, adakah ini petanda dia sedang berdepan tekanan, atau sekadar luahan seni seorang atlet yang sedang mencari ketenangan.
Menurut laporan Sinar Harian, kali terakhir Zii Jia beraksi ialah pada Mac lalu di Kejohanan Seluruh England. Difahamkan, beliau hanya sempat menyertai dua kejohanan tahun ini gara-gara kecederaan buku lali kanan yang dialaminya ketika Final Jelajah Dunia, Disember 2024.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



