Graduan IPG Lawan Kanser Tahap 4 Demi Cita-Cita Jadi Cikgu & Berjaya Tamatkan Pengajian

The real fighter!

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di sebalik senyuman di pentas konvokesyen, tersimpan kisah luar biasa perjuangan seorang graduan wanita melawan kanser tahap empat demi cita-cita menjadi pendidik

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @shafiqalsukri, tular kisah 'graduan istimewa' iaitu Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang baru-baru ini.

Apa yang membuatkan ramai sebak, Syahidatunnajwa rupa-rupanya sedang berjuang melawan kanser limfoma tahap empat, namun tetap gigih menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah.

SAYS.com
Image via @shafiqalsukri (TikTok)

Jalani lebih 20 kali kimoterapi & radioterapi, kini masih teruskan rawatan

Bayangkan, dalam tempoh pengajian, dia menjalani 22 kali rawatan kimoterapi dan 15 sesi radioterapi, tetapi ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pengajian.

Sebaliknya, wanita tersebut terus kuatkan semangat dan tekad untuk mencapai impiannya menjadi cikgu.

Video yang penuh emosi itu meraih ratusan komen dari netizen yang mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa kagum terhadap semangat luar biasanya.

SAYS.com
Image via @shafiqalsukri (TikTok)

Lihat video penuh di bawah:

@shafiqalsukri

Motivasi untuk adik adik di luar sana terus semangat belajar sampai ke menara gading.. tahniah bakal guru 🤲🏻 semoga cepat sembuh 🤲🏻

♬ suara asli – hooman ◡̈ – 𝙃𝙪𝙢𝙖𝙣 ◡̈

/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik