“Orang Lain Berhutang, Orang Lain Jadi Mangsa” – Tiga Rumah Hangus Akibat Dibakar Ah Long
Kesian jiran pula jadi mangsa gara-gara orang lain berhutang.
Cover image via Mohamad Asrul (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu yang berhutang dengan ah long, rumah-rumah jiran yang langsung tiada kaitan pun turut menjadi mangsa
Akibat 'tempias' dari perbuatan itu, tiga buah rumah musnah dalam kebakaran, walaupun penghuninya tidak tahu-menahu pun tentang pinjaman tersebut.
Kini, yang tinggal kini hanyalah kesan luka, trauma dan persoalan ramai.
Difahamkan, penduduk di kawasan perumahan teres di Lorong Tasek Gelugor Utama, Seberang Perai, Pulau Pinang dikejutkan dengan insiden kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah pada hari Selasa.

Kejadian berlaku angkara kerja Ah Long
Menerusi perkongsian di Facebook Mohamad Asrul yang merupakan salah seorang mangsa memberitahu kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyasarkan rumah milik orang lain, kononnya berkait dengan pinjaman ah long.
Lebih membimbangkan, kira-kira seminggu sebelum kebakaran, penghuni terlibat mendakwa mereka sudah mula menerima ugutan, termasuk insiden rumah disimbah cat merah dan petrol, dipercayai sebagai amaran daripada pihak ah long terbabit.


Menurut mangsa lagi, selepas insiden tersebut dia telah pergi ke balai polis untuk membuat aduan.
"Hasil laporan dengan IO, didapati ini kes Ahlong salah simbah rumah.
"Dalam surat yang ditinggalkan, dituju untuk rumah No.42 sebenarnya. Surat tersebut ada menyebut nama dan IC si peminjam beserta mesej ugutan untuk bakar rumah.
"Selepas selesai urusan di balai polis mereka suruh kami balik rumah dan tunggu mereka datang untuk ambil gambar dan bahan bukti," tulisnya.
Bagaimanapun, selepas laporan polis dibuat, tiada tindakan segera diambil.
Malah, mangsa hanya diminta pulang dan tunggu kehadiran anggota polis untuk mengumpul bahan bukti, namun pihak berkuasa tidak muncul seperti yang dijanjikan.
Insiden tragis yang berlaku pada 24 Jun lalu benar-benar mengejutkan penduduk setempat, apabila satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang dilempar ke dalam sebuah rumah (Rumah Nombor Tiga).
Letupan tersebut menyebabkan api marak dalam sekelip mata dan merebak ke dua rumah lain bersebelahan.
"Bergegas keluar selamatkan diri selepas jiran-jiran bunyikan hon dan goyang pagar rumah untuk kejutkan kami dari tidur.
"Sempat keluar dari pintu rumah dan panjat pagar sebelah kiri sebab api dari rumah jiran sebelah kanan dah merebak besar dan banyak letupan berlaku.
"Hasil siasatan awal, satu bahan letupan dilemparkan ke dalam rumah jiran kami no.3. Menyebabkan letupan besar dan api marak dengan laju," tulisnya.
Dalam kejadian tersebut, sebanyak tiga buah rumah musnah, bersama lima buah kereta dan empat buah motosikal yang turut hangus dijilat api.

Apa yang lebih menyedihkan, mereka ini tidak terlibat langsung dengan sebarang pinjaman ah long, namun menjadi mangsa keadaan akibat perbuatan orang lain.
"Kami nak ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam kes ini; pihak bomba, polis, IPK Pulau Pinang, pihak forensik, jiran, kawan, YB, JKM, pihak zakat, TKM, krt tsek gelugor, ajk surau dan ramai lagi mungkin kami xsempat mention dan terlepas pandang dalam kekalutan ini," tambahnya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



