Kamera Baru Beli Dah Kena Rembat, Pelajar Rayu Pulangkan Semula Demi Cari Rezeki

Semoga dia dapat jumpa balik kamera dia yang hilang tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @mirogel (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila barang penting hilang, lagi-lagi waktu tengah serabut, rasa nak menangis pun tak cukup

Tambahan lagi, bila barang tu bukan sekadar harta, tapi punca rezeki alat untuk terus hidup, belajar dan bayar komitmen sendiri.

Itulah yang dialami seorang pelajar ini, bila kamera yang baru dibeli tak sampai sebulan 'lesap' begitu saja, di saat dia tengah sibuk dengan minggu final dan persiapan untuk cari rezeki lepas semester tamat.

SAYS.com
Image via @mirogel (TikTok)

Tengah final week, kamera baru pula 'lesap'

Menerusi video di akaun TikTok @mirogel, seorang pelajar universiti berkongsi rasa kecewa dan tertekan selepas kamera miliknya dicuri di DRB-Hicom Village, Shah Alam.

Lebih menyakitkan, kamera itu baru dibeli kurang sebulan dan sepatutnya menjadi sumber pendapatan selepas tamat semester pengajian.

Pelajar itu memaklumkan kejadian berlaku antara 8.30 malam hingga 9.30 malam, ketika dia sedang melalui minggu ke-14 kuliah dan bersedia untuk final exam.

"Saya ingat, habis sem nanti bolehlah buat job wedding sikit-sikit. Dah ada job masuk pun. Tapi bila kamera kena rembat macam ni… terus serabut nak fikir semua benda," luahnya.

Dia juga meluahkan kamera itu bukan sekadar gajet, namun ia adalah alat cari makan, satu-satunya punca pendapatan untuk terus survive sebagai pelajar sepenuh masa.

Dalam pada itu, dia meminta agar video rayuannya disebarkan seluas mungkin, dengan harapan ada yang sudi bantu atau pencuri terbuka hati untuk pulangkan semula kamera tersebut.

Lihat video di bawah:

@mirogel

Tngh serabut week 14 dgn final ni kena pulak ujian berat mcmni,Camera beli tk sampai sebulan satu bag kena rembat,Ingt okaylah hbis sem ni blh kerja buat job wedding alang ii ad job masuk tahu ii kena pulak mcmni,aku serabut gila nk fikir nk kena refund duit customer lgi nk kena beli camera baru lgi tolonglah kepada pencuri ada belas kasihan tolonglah pulangkn balik camera aku,tu je punca pendapatan aku nk survive as student,Lokasi kejadian DRB-Hicom Village antara pkul 8:30p.m hingga 9:30p.m.mintak tolong reach out video ni sebanyak mungkin incase blh jumpa sesiapa yg pandai track or lock camera tu

♬ original sound – Suhairie.Mirogel – Suhairie.Mirogel

Kesiannya, semoga urusan awak dipermudahkan dan dapat semula kamera yang hilang tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik