Pelajar UM Cipta Aplikasi ‘KelantanLingo’, Bantu Orang Luar Faham & Cakap Dialek Kelantan
Wah, menarik juga aplikasi ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian budayanya, dan salah satu keistimewaan yang mencerminkan identiti setiap negeri ialah dialek bahasa yang digunakan
Setiap negeri mempunyai dialek tersendiri yang unik dan ianya bukan sekadar loghat, tetapi juga merangkumi intonasi, pilihan perkataan, dan cara penyampaian yang sangat berbeza antara satu sama lain.
Dari slanga santai orang Utara, ke lenggok lembut dialek Pantai Timur, hinggalah gaya bersahaja orang Selatan, semua ini mencerminkan betapa kaya dan berwarnanya landskap linguistik negara kita.
Terbaru, sekumpulan pelajar dari Universiti Malaya (UM) tampil dengan satu inisiatif menarik apabila berjaya membangunkan sebuah aplikasi khas memahami dialek Kelantan.

Aplikasi bagi membantu orang mudah memahami dialek Kelantan
Menerusi perkongsian di laman Facebook UG IFEST 2025, pelajar wanita bernama Nur Liyana dan kumpulannya telah mencipta aplikasi yang dinamakan 'Kelantanlingo' itu dibangunkan dengan tujuan untuk memupuk minat terhadap dialek Kelantan.
Ciptaan itu juga bagi mengurangkan jurang komunikasi antara penutur dialek tersebut dan mereka yang kurang fasih atau tidak biasa dengan gaya pertuturan unik dari Pantai Timur itu.

Difahamkan, mereka telah mempersembahkan aplikasi 'Kelantanlingo' dalam Festival Idea Prasiswazah Universiti Malaya, iaitu sebuah acara tahunan yang menghimpunkan pelajar tahun akhir untuk mempamerkan hasil Projek Tahun Akhir (FYP) masing-masing.
Festival ini berfungsi sebagai platform terbuka bagi pelajar menonjolkan idea kreatif dan penyelesaian inovatif, bukan sahaja kepada warga kampus, malah kepada wakil industri dan pihak berkepentingan luar yang berpotensi menjadi rakan kerjasama atau pelabur masa depan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 